Kursus penemuduga bagi Ir bertauliah untuk menemuduga bakal Ir di IEM
Ekonomi dunia akan jatuh teruk tahun ini dan langkah-langkah untuk mengatasinya
Kenapa perniagaan atau initiatif yang kita buat tidak menjadi?
Apakah perisian komputer yang diperlukan sebagai jurutera kualiti?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya hendak kongsikan perisian komputer yang bagus untuk project management.
- SmarDraw 2017 – berbagai applikasi terbaik termasuklah hendak buat lukisan AutoCad dan alat pemasaran lain

2. Minitab 17

Sebagai jurutera, anda kenalah tahu perisian-perisian terkini. Dahulu masa tiada komputer, manusia menggunakan kiraan secara manual yang agak leceh atau rumit.
ANDA BERMINAT UNTUK MENGHADIRI KELAS “6 SIGMA BLACK BELT” DARI JURUTERA PROFESIONAL?
Layari website klik alamat ini iaitu http://irsukhairul.com/ untuk biodata coach dan boleh hubungi melalui whatsapp
Kalau whatsapp ni nombor saya, 012-2515093 atau klik pautan ini sekarang http://www.wasap.my/60122515093. Kelas boleh diaturkan di tempat anda ataupun coach sendiri yang akan menyediakan tempat latihan.
Bagaimanakah untuk menjadi kaya sebagai jurutera
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ini saya ada memberi ceramah kerjaya di sebuah sekolah terbaik di daerah Klang. Dalam sesi ceramah tersebut ada seramai 350 orang pelajar dari tingkatan tiga, empat dan lima. Ceramah kerjaya masa itu berkisar kepada kerjaya sebagai jurutera. Semasa permulaan saya memberikan ceramah saya membuat satu pertanyaan kepada mereka siapa yang ingin menjadi jurutera? Hanya ada tiga pelajar yang mengangkat tangan dan yang lain bila saya tanya mereka hendak berkerja selain dari bidang kejuruteraan seperti peguam, akauntan, doktor, cikgu dan lain-lain. Bukan sekolah ini sahaja malah sekolah lain bila saya tanya menunjukkan kekurangan minat para pelajar sekolah menengah terhadap profesion kejuruteraan. Kenapakah begitu? Adakah faktor gaji menyebabkan mereka tidak berminat untuk menjadi jurutera? Difikiran mereka terserlah jutawan-jutawan masa kini menjadi kaya raya dengan mudah tanpa memiliki ijazah kejuruteraan yang pada mereka sukar untuk diambil berbanding dengan kursus-kursus lain seperti perniagaan, pengurusan, akauntan, peguam dan lain-lain.Tetapi ada juga jurutera yang berjaya jadi kaya dengan profesion kejuruteraan.
Saya baru ini ada terbaca tentang bagaimana seorang jurutera di negara barat yang berpengalaman serta matang mempunyai sebuah syarikat kecil. Dia amat berhati-hati dengan perubahan yang berlaku di sekeliling beliau dengan dasar kerajaan yang kadang-kadang berubah. Dalam beberapa tahun, beberapa projek mega telah diberikan di kawasan beliau tinggal dan beliau telah memenangi salah satu daripada projek kerajaan yang melibatkan kejuruteraan. Dengan berbekalkan satu projek yang beliau ada, maka sekarang senanglah beliau untuk mendapatkan projek-projek yang lain dengan mudah. Tiba-tiba dia mempunyai 300 orang pekerja di bawah beliau. Bila syarikat tersebut meningkat naik lalu dijualnya syarikat terbabit. Bila syarikat tersebut mengalami penurunan beliau membelinya semula sehinggalah syarikat terbabit naik dan stabil kembali. Beliau seterusnya bergabung dengan syarikat lain dan akhirnya beliau bersara. Ini adalah satu contoh bagaimana jurutera boleh juga kaya dan berjaya.
Di Malaysia, banyak peluang-peluang yang membolehkan jurutera kaya raya. Sebagaimana contoh di atas, dasar kerajaan hendaklah kita perihatin dan perhalusi untuk mendapatkan peluang yang terbuka sama rata. Bidang pendidikan misalannya memberikan peluang untuk jurutera yang terbabit dalam bidang pendidikan meyakinkan kembali orang awam bahawa profesion kejuruteraan amat penting untuk bawa negara maju. Sebagai contoh mengadakan sistem bantuan telus lagi lurus kepada orang awam akan peranan jurutera dalam mengawalselia manusia, mesin, kaedah dan bahan secara efisen. Di sini peluang yang besar sebagai jurutera dalam pembangunan sumber manusia, mesin atau peralatan melibatkan kejuruteraan, kaedah proses yang diperlukan untuk capai tahap kualiti yang diinginkan dan bahan-bahan yang perlu untuk melahirkan produk atau servis bermutu tinggi.
ANDA BERMINAT UNTUK MENGHADIRI KELAS “KAEDAH PEMASARAN KEJURUTERAAN ERA DIGITAL” DARI JURUTERA PROFESIONAL?
Layari website klik alamat ini iaitu http://irsukhairul.com/ untuk biodata coach dan boleh hubungi melalui whatsapp
Kalau whatsapp ni nombor saya, 012-2515093 atau klik pautan ini sekarang http://www.wasap.my/60122515093. Kelas boleh diaturkan di tempat anda ataupun coach sendiri yang akan menyediakan tempat latihan.
Hakcipta terpelihara 2017 Ir Sukhairul Nizam
Kereta mampu milik rakyat Malaysia – Perodua Axia, Bezza dan Proton Saga
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kebiasaannya apabila seorang lepasan kolej ataupun universiti tamat belajar dan mula bekerja dengan syarikat awam atau swasta, langkah awal mereka lakukan adalah untuk memiliki kenderaan yang mampu dibayar setiap bulan. Tidak disangkal sekiranya ibu atau bapa mereka berkemampuan mungkin boleh membelikan kereta untuk anak mereka secara tunai ataupun menjadi penjamin bank.
Apakah kereta baru yang rata-rata lepasan kolej atau universiti mampu untuk bayar bulan-bulan? Berdasarkan pengalaman saya serta pemerhatian saya sewaktu bekerja sebagai jurujual kereta adalah kereta jenama Perodua Axia, Bezza dan juga Proton Saga. Walau bagaimanapun ada yang membeli kereta selain yang disebut itu bergantung kepada gaji bersih mereka. Ketiga jenama tadi dipilih mereka adalah disebabkan harga atas jalan adalah minima, jimat penggunaan bahan api dan saiz yang mudah dibawa.
- Perodua Axia Std G 1000cc (Auto)

2. Perodua Bezza 1000cc atau 1300cc AT

3. Proton Saga 1.3 CVT

Berdasarkan tiga kenderaan jenama di atas, anda rasa mana yang mampu milik untuk keseluruhan rakyat Malaysia?
ANDA BERMINAT UNTUK MENGHADIRI KELAS “PRODUCT KNOWLEDGE” DARI COACH AUTOMOTIF?
Layari website klik alamat ini iaitu http://irsukhairul.com/ untuk biodata coach dan boleh hubungi melalui whatsapp
Kalau whatsapp ni nombor saya, 012-2515093 atau klik pautan ini sekarang http://www.wasap.my/60122515093. Kelas boleh diaturkan di tempat anda ataupun coach sendiri yang akan menyediakan tempat latihan.
Proton Perdana dan Camry Hybrid pilihan pihak pengurusan untuk syarikat dan organisasi awam
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pasti anda adalah seorang yang hebat dalam syarikat atau organisasi anda dan pastinya anda inginkan kereta yang hebat tapi mampu milik dan jimat pakai serta “power”. Saya cadangkan anda ambil sama ada Toyota Camry Hybrid terbaru ataupun Proton Perdana terbaru. Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak tentang dua model tersebut.
Kenapa anda perlu ambil Toyota Camry Hybrid sekarang? Yang anda mesti tahu bahawa kerajaan Malaysia sekarang menawarkan subsidi hibrid kepada UMW Toyota. Harga Camry Hybrid sekarang adalah RM176,521 yang mana sepatutnya tanpa subsidi dari kerajaan harganya mencecah RM250,000 (beza lebih kurang RM73,479). Banyakkan perbezaan harga tanpa subsidi terbabit? Untuk makluman semua subsidi ini mungkin ditarik balik dan saya cadangkan anda ambil kira untuk miliki Camry Hybrid ini untuk sokong aspirasi kerajaan di mana kerajaan ingin menggalakkan teknologi terkini ini dijalankan di Malaysia.
Untuk yang memiliki budget rendah pula, saya mencadangkan anda memilih Proton Perdana baru kerana ianya adalah Honda Accord yang diubahsuai menjadi jenama Proton. Ianya lebih murah dari Camry Hybrid tetapi ianya nampak gagah dan ciri-ciri korporat yang tersendiri. Untuk maklumat lanjut tentang perbezaan antara Camry Hybrid dan Proton Perdana, anda bolehlah hubungi saya atau berikan komen di bawah. Di sini saya sertakan gambar dan sedikit info berkenaan model tersebut untuk tarik minat anda.
- Toyota Camry Hybrid 2.5 Luxury AT

2. Proton Perdana 2.4 L

Tahukah anda di antara kedua jenama di atas yang mana satu jimat minyak? Adakah ianya selesa dipandu atau dinaiki sekiranya anda adalah penumpang atau big boss? Berbaloikah memiliki kereta di atas? Sila beri komen untuk sebarang pertanyaan atau cadangan anda.
ANDA BERMINAT UNTUK MENGHADIRI KELAS “PRODUCT KNOWLEDGE” DARI COACH AUTOMOTIF?
Layari website klik alamat ini iaitu http://irsukhairul.com/ untuk biodata coach dan boleh hubungi melalui whatsapp
Kalau whatsapp ni nombor saya, 012-2515093 atau klik pautan ini sekarang http://www.wasap.my/60122515093. Kelas boleh diaturkan di tempat anda ataupun coach sendiri yang akan menyediakan tempat latihan.
Kenderaan perbagai guna atau MPV (multi purpose vehicle) mampu milik
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari raya akan menjelang tiba. Selalunya dua bulan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri ataupun perayaan raya untuk bangsa lain, pastinya pelanggan akan merancang untuk membeli kenderaan baru ataupun terpakai. Kali ini saya memilih tiga jenama iaitu Toyota Avanza, Perodua Alza dan Proton Ertiga.
Kenapa pelanggan ingin memiliki MPV? Jawapan yang logik adalah kerana untuk memudahkan mereka membawa penumpang yang ramai berbanding dengan kereta sedan terutamanya untuk pulang ke kampung ataupun bercuti di luar kawasan tempat tinggal. MPV selesa untuk dinaiki oleh keluarga yang ramai serta dapat membawa muatan yang lebih. Ciri keselesaan ruang duduk penumpang, ketinggian kereta dan kelebaran kereta MPV amatlah penting. Tambahan, enjin yang berkuasa untuk membawa penumpang dan muatan terutamanya untuk mendaki bukit seperti Genting Highland, Cameron Highland dan sebagainya. Ada juga pelanggan yang inginkan kereta MPV yang jimat minyak. Mari kita sama-sama lihat kereta MPV mana yang bakal menjadi pilihan pelanggan masa kini. Saksikan gambar ketiga-tiga model tersebut dan cuba fikirkan model mana satu yang anda dan orang lain bakal pilih. Cuba berikan komen di bawah.
- Toyota Avanza


2. Perodua Alza


3. Proton Ertiga


ANDA BERMINAT UNTUK MENGHADIRI KELAS “PRODUCT KNOWLEDGE” DARI COACH AUTOMOTIF?
Layari website klik alamat ini iaitu http://irsukhairul.com/ untuk biodata coach dan boleh hubungi melalui whatsapp
Kalau whatsapp ni nombor saya, 012-2515093 atau klik pautan ini sekarang http://www.wasap.my/60122515093. Kelas boleh diaturkan di tempat anda ataupun coach sendiri yang akan menyediakan tempat latihan.
Adakah penjimatan minyak yang pelanggan utamakan bila membeli kereta?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Malam ini saya terdetik untuk menulis tentang penjimatan minyak. Saya terfikir kalau sekarang ada perkhidmatan Uber yang murah dan memudahkan, perlukah kita memiliki kereta sendiri? Adakah jimat untuk memiliki kereta sendiri dari menggunakan pengangkutan awam tersebut? Hari raya akan tiba dan sudah pasti saat-saat begini ramai pelanggan sudah memikirkan untuk memiliki kenderaan baru. Jenama mana satu yang mereka ingin pilih? Adakah Toyota Vios, Honda City ataupun Proton Persona? Kali ini saya ingin membandingkan tiga buah kenderaan yang berjenama tersebut.

Toyota Vios terkini

Honda City terkini

Proton Persona terkini
Di antara ketiga-tiga kereta di atas, anda rasa kereta manakah yang lebih jimat minyak? Kita boleh ketahui sama ada kereta tersebut jimat minyak atau tidak dengan melihat data penggunaan bahan api yang disertakan dalam risalah produk.
Untuk model Toyota Vios (1496cc) terkini, penggunaan bahan apinya adalah sebanyak 1 liter petrol boleh pergi sejauh 16.94 kilometer. Katalah dalam setahun, purata kejauhan yang Vios ini pergi adalah 25,000 kilometer, maka dalam setahun penggunaan bahan api adalah sebanyak 1,475.8 liter atau bersamaan dengan RM3,246.75 (1 liter petrol = RM2.20). Dalam sebulan, pengguna membelanjakan petrol sebanyak RM270.56.
Untuk model Honda City (1497cc) terkini, penggunaan bahan apinya adalah sebanyak 1 liter petrol boleh pergi sejauh 17.56 kilometer. Katalah dalam setahun, purata kejauhan yang City ini pergi adalah 25,000 kilometer, maka dalam setahun penggunaan bahan api adalah sebanyak 1,423.7 atau bersamaan dengan RM3,132.12. Dalam sebulan, pengguna City membelanjakan petrol sebanyak RM261.00 iaitu jimat RM9.55 berbanding dengan Vios.
Untuk model Proton Persona (1597cc) terkini, penggunaan bahan apinya adalah sebanyak 1 liter petrol boleh pergi sejauh 16.39 kilometer. Katalah dalam setahun, purata kejauhan yang Persona ini pergi adalah 25,000 kilometer, maka dalam setahun penggunaan bahan api adalah sebanyak 1,525 atau bersamaan dengan RM3,355.70. Dalam sebulan, pengguna Persona membelanjakan petrol sebanyak RM279.64 iaitu lebih RM9.08 berbanding dengan Vios dan lebih RM18.64 berbanding dengan City.
Maka untuk penggunaan minyak, kereta yang paling jimat adalah CIty diikuti dengan Vios dan kemudiannya Proton Persona. Tetapi, adakah hanya dengan perbezaan penjimatan minyak sahaja yang pengguna inginkan?
Anda inginkan informasi lebih lanjut untuk kereta apa yang lebih sesuai untuk anda miliki?
What’s Up or Whatsapp.. kalau whatsapp ni nombor saya, 012-2515093 atau klik pautan ini sekarang http://www.wasap.my/60122515093


