Kenapa perniagaan atau initiatif yang kita buat tidak menjadi?

Pemasaran digital

Di sini Ir ingin kongsikan tentang kenapa kita perlu bercerita. Dalam bahagian ini anda akan belajar tentang strategi penting dalam pembikinan cerita digital.Cerita dalam pemasaran adalah amat penting kerana dengan cerita yang baik,pemasaran anda pasti akan ok. Malah dengan cerita yang hebat pastinya pemasaran anda pun akan jadi terhebat.


Syarikat yang punyai cerita yang hebat adalah syarikat yang dapat lakukan sesuatu dengan betul dan merekalah yang akan menjadi kisah kejayaan dunia dan mampu mengubah dunia. Cuba fikir tentang Apple, Google, Tesla; cuba fikir tentang jenama tersebut,mereka mempunyai cerita yang hebat bukan?


Mari kita cerita tentang Tesla sebagai contoh utama,Tesla, Elon Musk adalah usahawan yang paling terkenal di dunia selepas kematian Steve Jobs. Tetapi Elon Musk adalah sebenarnya cerdik dan saya akan bagitahu anda kenapa dia cerdik tetapi salah satu perkara berkenaan Elon adalah ia faham sesuatu yang kebanyakkan syarikat tidak faham. Dengan kehebatan beliau dan mempunyai ego sebagaimana usahawan gila lain tetapi beliau amat faham bahawa cerita yang berkaitan sama ada sedar atau tidak sedar atau dia tahu, dia faham konsep yang akan saya terangkan lebih baik daripada konsep yang ada di luar.


Panel solar; Tesla baru umumkan tentang atap solar dan Elon Musk telah membuatnya cantik. Kalau anda belum lihatnya baik anda lihat segera. Mereka ada buat kajian beberapa tahun lalu, Freakonomi dan beberapa pakar ekonomi juga membuat kajian yang mana pemilik rumah bila dinasihatkan bahagian jalan mana mereka hendak pasangkan panel solar? Di bahagian belakang atau di bahagian hadapan dan jawapannya adalah mereka hendakkan di bahagian depan. Kenapa? Ini adalah kerana mereka mahukan jiran mereka melihat yang mereka amat perihatin tentang planet ini. Ianya bukan pasal nak selamatkan planet tetapi mereka hendak mereka dilihat sebagai orang yang hendak selamatkan planet. Lihat pada Tesla. Kereta elektrik tidak dapat dijual dengan berkesan sehinggalah Tesla muncul. Kenapa? Kerana Tesla ada kereta yang cantik tidak kiralah ianya kereta elektrik ataupun tidak, ianya kereta yang dikagumi dan ianya cara yang amat bergaya dalam memberitahu pada orang, ianya amat bergaya dan cara yang mahal untuk memberitahu pada orang yang saya kaya dan saya amat perihatin tentang planet dan saya lebih hebat dari anda.

Maka apa yang akan Ir ceritakan di sini adalah apa yang ada di sebalik cerita tersebut. Bagaimana anda mula tahu dari mana asal adanya Elon Musk, di mana semua orang berfikir tentang beliau dan orang mula membeli cerita jenama beliau secara peribadi beliau dan juga jenama beliau dan sebenarnya apa yang ia jual adalah cerita yang orang perdengarkan sesama mereka. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *