Pelan World Travelcare Takaful

Pengembaraan adalah pulang dengan kenangan, bukan kebimbangan.

Manfaat yang anda nikmati

(Usia dilindungi: 45 hari hingga ke 80 tahun)

i)Perkhidmatan Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 Jam

Lebih daripada 400,000 penyedia perkhidmatan dan mampu bertutur dalam 40 bahasa di talian hotline 03-21610270.

ii)Perlindungan Keluarga

Pelbagai jenis pilihan perjalanan termasuk perlindungan menyeluruh untuk pasangan dan anak-anak.

iii)Perlindungan Perubatan

Pelan ini melindungi anda seperti kemasukan ke hospital, perbelanjaan rawatan, manfaat penjagaan ihsan, temujanji doktor tempatan, dan banyak lagi. Perlindungan sehingga RM1juta, bergantung kepada pelan yang anda dipilih.

iv)Kesulitan Perjalanan

Daripada pembatalan perjalanan pada saat-saat akhir, penangguhan, kehilangan bagasi, visa, pasport atau tiket perjalanan, pelan ini memberi pampasan atas perbelanjaan yang ditanggung akibat daripada sebarang kesulitan dan masalah semasa anda mengembara.

v)Perlindungan Takaful

Anda akan dilindungi sehingga RM500,000 bagi setiap orang dewasa dan RM1.5 juta untuk keluarga sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan, bergantung kepada pelan yang dipilih.

vi)Perlindungan Terhadap Keganasan

Anda akan dilindungi bagi kecederaan, kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal, kerugian atau kerosakan akibat daripada kegiatan keganasan di mana anda tidak terlibat dalam kegiatan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Dengan pelan pelancongan Etiqa, bersedia untuk menggugurkan kebimbangan anda dan menikmati kenangan di dalam pelancongan.

SILA KLIK SINI ———–> Risalah World Traveller Care Takaful 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *