Tips memandu kenderaan dengan selamat – Sayangi nyawa anda dan orang tersayang di musim perayaan ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kerap kali kalau kita lihat di media sosial di mana kemalangan jalan raya setiap masa berlaku dan terutamanya ketika menyambut perayaan seperti hari raya ini. Antara salah satu puncanya adalah pemandu tidak mengetahui dengan jelas kaedah pemanduan yang selamat yang kelak dapat membantu beliau terjebak dalam sebarang kemalangan yang amat membimbangkan. Apakah yang anda perlu lakukan sebelum memandu kenderaan anda?

Sebelum memandu apa yang anda harus lakukan?
Anda dicadangkan untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Pastikan perkara melibatkan komponen berikut berfungsi dalam keadaan baik dan selamat.
i) Enjin.
ii)Brek.
iii)Bateri kereta.
iv) Semua lampu.
v) Wiper atau pengelap cermin.
vi) Tekanan angin tayar yang mencukupi dan pastikan tayar spare pun ada angin yang mencukupi.
vii) Pastikan juga minyak petrol yang mencukupi
viii) Dan lain-lain

Bukan hanya pada kenderaan, selaku pemandu kita juga perlukan rehat yang mencukupi. Berhenti seketika jika rasa mengantuk ketika memandu.
Jangan menggantung pakaian atau tuala pada tingkap kenderaan kerana ianya menghadkan pandangan anda.
Jangan mengambil sebarang minuman beralkohol atau ubat yang boleh menyebabkan anda mengantuk.

Pastikan anda berada dalam kedudukan yang selesa dengan
i) Menyelaraskan tempat duduk
ii)Membetulkan kedudukan cermin pandang belakang dan cermin sisi atau side mirror
iii)Memakai talipinggang keledar di depan dan belakang

Semasa memandu apa yang anda harus lakukan?
Patuhilah had laju yang dibenarkan.
Patuhilah semua tanda isyarat yang dipamerkan di jalan raya.
Pandu di lorong yang bersesuaian dengan kelajuan kenderaan dan jangan memandu di lorong kecemasan.
i) Lorong kiri – Memandu perlahan
ii)Lorong tengah – Memandu laju
iii)Lorong kanan – Memotong

Sentiasalah memandu di lorong kiri kecuali ketika memotong.
Awasilah kenderaan yang keluar dari hentian sebelah atau yang masuk ke lebuhraya dari persimpangan bertingkat.
Gunakan gear yang sesuai terutama ketika mendaki atau menuruni kawasan bukit.
Ekori kenderaan lain dalam jarak yang selamat.
Dilarang sama sekali menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan memotong atau tempat berehat.
Dilarang berhenti di lorong kecemasan kecuali ketika kecemasan.
Berhati-hati terhadap kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan dan penunggang motosikal yang berhenti di bawah jambatan ketika hujan.
Gunakan isyarat lampu tinggi jika mahu memotong kenderaan yang berada di hadapan.
Jangan makan, minum atau menggunakan telefon bimbit (tanpa hand free) ketika memandu.
Jangan memandu ketika keletihan dan mengantuk.
Elakkan memandu berterusan melebihi 2 jam.
Berhentikan kenderaan anda di kawasan rehat yang disediakan selepas setiap 2 jam perjalanan.
Berhati-hati ketika memandu semasa hari hujan, kabus, waktu malam dan keadaan permukaan yang licin dan tidak rata.
Kurangkan kelajuan apabila menghampiri plaza tol dan masuk ke lorong yang sesuai. Jangan sekali-kali menukar lorong di saat-saat akhir.

Apakah cara yang terbaik ketika memandu di lebuh raya?
Pemandu-pemandu yang memandu secara perlahan dan kenderaan berat hendaklah sentiasa memandu di lorong sebelah kiri bagi membolehkan kenderaan yang laju memotong dengan mudah di sebelah kanan.
Tentukan anda telah mengekori kenderaan di jarak yang selamat. Gunakan peraturan 2 saat “two seconds rule”.
Perhatikan lalulintas di hadapan jika kenderaan anda dan kenderaan dari hadapan dipandu dengan kelajuan 80 km/jam bererti pertemuan antara kedua-dua kenderaan adalah 160 km/jam. Oleh sebab masa 10 saat diperlukan untuk melintasi antara satu sama lain ketika memotong, kenderaan lain yang datang dari hadapan, jarak minimum yang selamat yang dicadangkan antara kenderaan anda dan kenderaan dari hadapan ialah 50 meter.
Perhatikan kenderaan di belakang anda sebelum menukar lorong. Perhatikan kenderaan melalui cermin dan kemudian kawasan tidak boleh diperhatikan (blind spot).
Berikan isyarat sebelum menukar lorong.
Tukar lorong untuk memotong.
Tambah kelajuan kenderaan semasa memotong.
Berikan isyarat kepada kenderaan yang dilintasi dengan membunyikan hon atau gunakan lampu.
Berikan isyarat jika anda bercadang untuk memasuki lorong yang betul.
Selepas memotong, padamkan lampu isyarat dan masuk ke lorong yang betul dengan secepat yang mungkin iaitu apabila anda dapat melihat kenderaan yang dilintasi melalui cermin pandang belakang.
Bergeraklah dengan kelajuan yang dibenarkan selepas anda melintasi kenderaan-kenderaan yang dipotong.

Apa yang anda harus lakukan jika kenderaan anda rosak?
Berhentilah di lorong kecemasan.
Nyalakan lampu kecemasan.
Arahkan penumpang keluar dan berkumpul di belakang rel penghadang.
Letakkan tanda isyarat segi tiga kecemasan di belakang kenderaan sekurang-kurangnya 15 meter di belakang kenderaan yang rosak.
Hubungi peronda lebuh raya atau mekanik untuk bantuan kerosakkan atau tunda kenderaan.
Sebaik-baiknya berhenti di tempat yang terang jika berlaku kerosakkan pada waktu malam.

Apa yang anda perlu lakukan jika berlaku kemalangan?
Berhentilah di lorong kecemasan sekiranya boleh.
Hubungi pihak polis (999), ambulan (999) atau peronda lebuhraya untuk bantuan kecemasan.
Beri maklumat kepada pihak polis apabila diminta.
Laporan polis perlu dibuat dalam masa 24 jam.

Talian kecemasan:
Agen insuran Nizwien (Allianz & Etiqa Takaful) – 012-3923929 atau 012-2515093
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) – 03-26920000
Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP ) – 03-732 9222
Lebuhraya Shah Alam ( KESAS ) – 03-733 7188
Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE ) -03-531 8800
Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak ( MTD )-09-233 0100
Lebuhraya Kulim – Butterworh ( BKE )-04-398 6969
Lebuhraya Seremban – Port Dickson ( SPDH )- 06-632 3060
Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura ( Linkedua )- 07-278 8000
Jambatan P.Pinang (PBSB )-04-398 000
Lebuhraya Sg.Besi ( BESRAYA ) – 1-800- 880999

Memperkenalkan kereta sedan pertama Perodua Bezza dengan 5 star rating yang selamat dipandu yang mana ianya dilengkapi dengan VSC (vehicle stability control – kawalan kenderaan seimbang), TRC (traction control – kawalan dari tersasar), HSA (hill start assist – bantuan dari terturun bukit), ABS dengan ABD (anti lock braking system bersama electronic brake distribution), one touch power window with jam protection (tingkap berkuasa satu sentuhan) dan seat belt reminder for driver & front passenger (talipinggang keledar yang dapat ingatkan pemandu dan penumpang).

Sila klik gambar di bawah untuk pautan terus ke Perodua Bezza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *