Bila agaknya sesuai untuk membeli kereta di Malaysia?

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Esok kita akan menyambut hari raya aidilfitri dan anda pastinya telah bersedia untuk meraikan bersama keluarga dan rakan2 sekalian tapi jangan lupa untuk pastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan selamat.

Ir ingin berkongsi kepada anda semua bila masa yang sesuai untuk anda miliki kereta baru. Berdasarkan kajian jualan kenderaan tahun 2016 dan juga berdasarkan hari kelepasan menyambut perayaan tahunan. Di bawah adalah hari-hari perayaan di Malaysia di mana perayaan hari raya aidilfitri di Malaysia disambut lebih awal tahun 2017 berbanding tahun 2016.

Berdasarkan tarikh perayaan penting di atas contohnya aidilfitri dan aidiladha maka ianya pasti memberikan impak pada jualan keseluruhan kenderaan baru di Malaysia kan? Di bawah ditunjukkan perbandingan setiap bulan jualan kenderaan kereta baru di Malaysia pada September 2016 berdasarkan maklumat dari MAA dan Blog Paul Tan sebagai rujukan ilmiah. Mungkin kali ini anda sudah memikirkan untuk memiliki kenderaan baru sebelum aidil adha?

Kita dapat lihat dari data di atas yang mana pada bulan Julai 2016 jualan kereta adalah rendah di mana pada bulan ini umat Islam menyambut hari raya aidilfitri. Tapi pada bulan August 2016, jualan naik mendadak dan salah satu faktornya adalah umat Islam kini menyambut hari raya aidiladha di mana di pantai timur atau pelanggan dari pantai timur , hari raya aidiladha disambut meriah berbanding hari raya aidilfitri. Hari raya aidiladha jatuh pada 12 September 2016 dan kita dapat lihat jualan kenderaan naik pada bulan August 2016. Untuk tahun 2017 ini, aidiladha bakal disambut pada 2 September 2017 dan bulan depan Julai 2017 adalah masa yang paling sesuai untuk miliki kenderaan baru anda. Tempoh memiliki kenderaan baru lebih kurang dua ketiga minggu atau sebulan. Cepat beli kereta baru selepas berhari raya aidilfitri ini.

Model jenama apa yang paling laku dan sesuai untuk dibeli? Berdasarkan pada data di atas, Perodua mendahului jualan kenderaan baru dan saya cadangkan anda untuk memiliki sebuah Axia atau Bezza atau Alza kerana ianya dibina untuk menepati kehendak rakyat Malaysia. Anda boleh layari halaman di bawah untuk detail produk-produk jenama keluaran Perodua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *