Sales Satisfaction Index (SSI) atau Index Kepuasan Pelanggan (Contoh Kaji Selidik Pelanggan)

Hakcipta terpelihara irsukhairul.com 2017

KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN 

PUSAT JUALAN

Salam Mesra dari kami.

“Tahniah” atas pembelian kenderaan baru anda. Kami berasa gembira sekiranya anda sudi meluangkan masa untuk mengisi borang kaji selidik ini. Tujuan kami adalah untuk memahami tahap kepuasan anda terhadap perkhidmatan yang telah kami sediakan. Sila lengkapkan borang ini dan kembalikannya kepada kami dengan menggunakan sampul surat prabayar yang dilampirkan bersama dalam tempoh 14 hari. Sebagai tanda penghargaan, anda akan menerima “Diskaun e-Baucer bernilai RM20.00” yang akan dikreditkan ke dalam rekod kami di pusat servis kami. Maklum balas anda amat dihargai dalam usaha kami untuk mempertingkatkan mutu produk dan perkhidmatan kepada para pelanggan kami di Malaysia. Terima kasih atas kerjasama anda.

 Sila tandakan X pada bulatan 1 hingga 10 di mana bulatan 10 adalah yang paling terbaik dan 1 sebaliknya.

S1: INISIATIF JUALAN

a. Masa yang diambil untuk disambut di Pusat Pameran.

b. Penerangan Penasihat Jualan tentang ciri-ciri dan faedah kenderaan (termasuk maklumat kenderaan buatan jenama lain).

c. Demonstrasi ciri-ciri kenderaan (Pandu uji/kenderaan pameran).

d. Semua pertanyaan dan permintaan disusuli oleh Penasihat Jualan sebelum membuat keputusan pembelian.

 

S2: KEMUDAHAN DI PUSAT PAMERAN

a. Lokasi Pusat Pameran yang mudah.

b. Kawasan luaran Pusat Pameran yang menarik dan mesra (contoh. Cara pameran, kelengkapan tempat).

c. Pusat Pameran mempamerkan pelbagai pilihan kenderaan (Contoh. model, warna).

d. Kesenangan untuk melihat kenderaan yang dipamerkan di pusat pameran (kenderaan diletak dengan laluan yang mudah, dirancang dengan baik).

e. Tempat Urusniaga Jualan adalah selesa.

 

S3: PENASIHAT JUALAN

a. Penasihat Jualan berpengetahuan tentang kenderaan.

b. Penasihat Jualan yang sopan dan mesra.

c. Penasihat Jualan yang mampu memenuhi janji pembelian yang diberi.

d. Penasihat Jualan memberi tekanan yang sesuai semasa proses pembelian.

e. Penasihat Jualan prihatin terhadap pembelian kenderaan mengikut keperluan anda.

 

S4: URUSNIAGA

a. Urusniaga mudah dirunding.

b. Harga yang dibayar menepati jangkaan anda.

c. Jangka masa yang diperlukan untuk menyiapkan kertas kerja.

d. Semua dokumen diterangkan dengan jelas.

 

S5: PENGHANTARAN MASA

a. Kenderaan dihantar pada masa yang dijanjikan.

b. Jangkamasa yang diperlukan untuk menyediakan kenderaan anda dan hari pesanan dibuat sehingga hari kenderaan diambil.

c. Kesesuaian maklumat status penghantaran kenderaan baru anda.

 

S6: PROSES PENYERAHAN

a. Keadaan dan kebersihan kenderaan (Bersih tanpa calar).

b. Proses penyerahan menyeronokkan.

c. Penjelasan yang menyeluruh (contoh ciri-ciri kenderaan, buku panduan pemilik, jaminan)

d. Kemampuan menjawab soalan dengan jelas semasa proses penyerahan kenderaan.

e. Jangkamasa yang diambil untuk menyelesaikan proses penyerahan.

f. Berapa lamakah masa yang diambil bagi proses penyerahan? (Dari masa anda tiba di pusat pameran sehingga anda meninggalkan pusat pameran dengan kenderaan baru anda? contoh (30 minit, 60 minit, 90 minit)

 

S7: PENGALAMAN PEMBELIAN ANDA

a. Adakah Penasihat Jualan meluangkan masa yang cukup kepada anda semasa penghantaran?

b. Adakah Papan Penunjuk disediakan di pusat pameran?

c. Adakah Penasihat Jualan memperkenalkan dirinya kepada anda (kad perniagaan)?

d. Adakah Penasihat Jualan memulakan perbualan dengan anda?

e. Adakah Penasihat Jualan meluangkan masa berbual dengan anda?

f. Adakah kenderaan anda diserahkan mengikut ciri-ciri yang telah dijanjikan?

g. Adakah kenderaan anda diserahkan melalui Majlis Penyerahan yang istemewa?

h. Adakah Penasihat Jualan bertanyakan maklumbalas mengenai pengalaman membeli?

i. Adakah Penasihat Jualan memperkenalkan Pusat Servis/penasihat servis kepada anda?

j. Adakah Penasihat Jualan memberi maklumat yang penting kepada anda seperti di bawah:

i) rangkuman jaminan (warranty coverage)

ii. borang penyelidikan pelanggan

iii. Keahlian

k. Adakah kenderaan anda disediakan minyak dengan jumlah yang munasabah.

l. Adakah Penasihat Jualan anda mengucapkan terima kasih atas pembelian anda?

m. Adakah Penasihat Jualan anda menghubungi anda untuk memastikan bahawa semuanya dalam keadaan yang memuaskan selepas kenderaan anda dihantar?

n. Adakah terdapat kawasan permainan untuk kanak-kanak?

 

S8: PENGESYORAN

a. Adakah anda akan mengesyorkan pusat pameran ini kepada kawan-kawan atau saudara mara anda?

b. Adakah anda akan mengesyorkan jenama kami kepada kawan-kawan atau saudara mara anda?

 

SILA BERITAHU KAMI SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI KOMEN ATAU CADANGAN MENGENAI PENGALAMAN SEMASA MEMBELI.

……………………………………

 

 

 

 

 

Disertakan di sini contoh keputusan SSI JD Power 2016 untuk pasaran kereta baru di Malaysia dan peratusan kepentingan setiap attributes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *