Perodua Axia

Perodua AXIA dikeluarkan dalam empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advanced. Perodua AXIA Solid dijual pada harga RM24,437.16 (Semenanjung Malaysia) dan didatangkan dengan jaminan waranti 5 Tahun. ​Rekaan dalaman Perodua AXIA berdasarkan konsep Perodua Global Model A (GMA) Segment Space dan ia juga didatangkan dengan rekaan yang lebih luas serta selesa. Ia dikuasakan dengan enjin 1KR 3 Silinder yang merupakan enjin Daihatsu 1KR-DE. Enjin 12-valve DOHC 1.0 Liter diperbuat keseluruhannya daripada Aluminium seberat 69kg dan 10kg lebih ringan dari enjin yang digunakan oleh Perodua VIVA. Enjin baru ini mampu mencapai kuasa 65 PS pada 5,000 rpm dan 87 Nm torque pada 3,600 rpm.

Perodua AXIA merupakan salah satu kereta yang mesra tenaga dengan penggunaan minyak yang minimum. Ia adalah keluaran ke-10 Perodua.

CIRI-CIRI PINTAR TERBARU – ENJIN EEV TERBARU 1.0L VVT-i

PERODUA AXIA, PINTAR DAN LEBIH BERGAYA

BAHAGIAN DALAMAN DENGAN CIRI-CIRI TERBARU UNTUK LEBIH KESELESAAN DAN KEMUDAHAN

KESELAMATAN: AXIA MEMPUNYAI NCAP ASEAN 4-Star RATING UNTUK CIRI-CIRI KESELAMATAN

GEAR UP – AKSESORI PERODUA TULEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *