Membaca buku dengan berkesan

Klik gambar ini untuk ketahui kebaikkan

Cuba praktikkan untuk latih tubi dalam membaca buku. Ada 6 perkara penting yang kita kena ketahui.

1) Penerangan/penjelasan – Kita kena ketahui siapa penulis buku tersebut, penerbit buku tersebut dan juga ringkasan kandungan buku tersebut atau “executive summary”.

2) Input dan penambahbaikkan – apa titik utama pembelajaran; tahap peningkatan ilmu sebelum dan selepas membaca buku di bidang yang kita minat dari segi sikap, kemahiran dan pengetahuan. Bidang apa yang kita mesti tahu yang berkaitan dengan pekerjaan yang kita lakukan atau yang bakal kita lakukan di masa akan datang. Kita juga kena ketahui pengetahuan apa yang perlu tahu tapi tiada kaitan secara terus dengan kita contohnya katalah kita di bidang penjualan tapi kita pun perlu tahu aspek berkaitan dengan pengeluaran supaya kita boleh kongsikan ilmu tersebut pada orang sekeliling kita untuk mereka juga perlu tahu agar kerja yang dijalankan lebih berkesan.

Klik gambar ini untuk merasai kesedapan WOW aex3xie

3) Cadangan –  Isi kandungan dan konsep yang dibaca sama ada bersesuaian dengan pekerjaan yang kita lakukan masa kini lalu boleh dipraktikkan contohnya membuat SOP berdasarkan kepada input dari buku tersebut serta tindakbalas dari bahagian-bahagian yang terbabit. Kita juga boleh mengklasifikasikan mana satu input dari buku tersebut yang tiada kena mengena dengan bidang yang kita lakukan. Cadangan-cadangan ini boleh disalurkan kepada setiap seksyen agar organisasi terbabit sama-sama menempah kejayaan berterusan.

Klik gambar ini untuk kesihatan dan keselamatan berpanjangan

4) Tambahan untuk diterokai – Bidang spesifik lain yang kita boleh kaji lebih mendalam lagi dari pembacaan tersebut. Kita kena ketahui kenapa kita perlu mendalami bidang tersebut dengan selanjutnya?

 5) Pandangan yang bertentangan – Apa perkara, konsep, pandangan, nilai, kepercayaan yang kita rasa sukar untuk dipersetujui berlandaskan kepercayaan dan nilai-nilai yang kita sendiri ikuti selama ini.

6) Lakukan tindakan – Bidang apa yang kita rasakan perlu dengan cepat untuk kita lakukan tindakan tidak kiralah di tempat kita bekerja atau melibatkan kehidupan peribadi kita. Apakah julat masa yang diperlukan untuk berubah dan kos yang perlu diambil bagi melakukan tindakan tersebut.

Klik gambar ini untuk cabutan bertuah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *