Ingin menjadi jurutera profesional, namun sekarang bekerja di Jepun

Waalaikumsalam Tuan Zahid. Berkenaan dengan persoalan yang Tuan nyatakan di atas, pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi masuk ke blog saya. Berikut adalah soalan yang saya ingin ajukan dulu sebelum saya dapat menjawab soalan Tuan.

  1. Adakah Tuan graduate dalam bidang ijazah sarjana muda  kejuruteraan?
  2. Adakah bidang kursus yang Tuan lalui tersebut telah mendapat akreditasi dari EAC untuk engineering atau ETAC untuk sarjana muda teknologi?
  3. Sudah berapa lamakah Tuan bekerja dalam bidang yang sama dengan bidang kejuruteraan yang Tuan telah ambil dahulu?
  4. Tuan pernah tak bekerja di Malaysia sebelum Tuan berkerja di Jepun? Kalau pernah, berapa lama bekerja di Malaysia dan berapa lama bekerja di Jepun?
  5. Adakah Tuan berdaftar dengan badan-badan professional yang lain sama ada di Malaysia atau di luar Malaysia?
  6. Apakah sebab Tuan ingin mendaftar sebagai Jurutera Profesional?
  7. Adakah sebarang panduan untuk Tuan menjadi Jurutera Profesional di Jepun?
  8. Adakah Tuan berdaftar dengan BEM dan IEM? Kalau sudah, sejak bila?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *