Ingin buat poster iklan melalui power point dan edit pdf menjadi gambar?

Pernahkah anda sesekali ditugaskan atau berfikir untuk membuat poster iklan? Salah satu kaedah yang mudah adalah mengunakan microsoft power point.

Jadi di sini, mari kita selami cara buat poster menggunakan Powerpoint.

  1. Buka Powerpoint dan tekan pada button Design.
  2. Selepas itu, klik pada Slide Size.
  3. Tekan pada pada Custom Slide Size.

    Selepas itu, tekan pada Slides sized for. Terdapat pelbagai saiz kertas yang boleh dipilih. Kebiasaan saiz untuk poster adalah antara A3 Paper(297x420mm) atau A4 Paper(210x297mm).

    Anda juga boleh pilih saiz yang lebih besar jika anda mahu, mengikut kesesuaian poster atau banner anda.

    Apabila selesai memilih saiz, klik pada Orientation field untuk memilih sama ada landscape atau portrait (mengikut kehendak). Selepas itu klik OK, boleh pilih sama ada Maximize atau Ensure Fit.

    Anda boleh pilih senarai background yang disediakan Powerpoint pada butang Design. Tetapi jika anda inginkan kelainan, anda boleh download sahaja di google gambar yang anda sukai. Tetapi pastikan gambar yang anda inginkan itu mempunyai dpi 300 (high resolution photo) bagi hasil poster yang lebih menarik.

    1. Anda boleh mula membuat poster anda!
    2. Apabila design poster anda sudah siap, terus tekan pada butang
    3. Klik pada Save As.
    4. Klik Browse untuk simpan di lokasi file.
    5. Klik Save as type.
    6. Pilih PDF.
    7. Klik Save

    Kenapa kena pilih pdf? Sebenarnya anda boleh juga untuk pilih save as jpg atau png, tetapi ia akan mengurangkan resolution pada gambar yang telah anda buat.

    Selepas anda save sebagai pdf, anda perlu convert semula pdf tersebut ke jpg. Kaedah ini mudah sahaja iaitu dengan menggunakan Converter Online yang banyak ada di internet, seperti:

     

    Guna laman web di atas untuk tukarkan Pdf ke Jpg, gambar yang di save melalui kaedah ini lebih tinggi resolution dia jika anda terus save dari powerpoint.

    Selain daripada itu, untuk menghasilkan poster yang cantik, anda perlu memuat turun Font yang cantik yang terdapat di dalam internet untuk digunakan ketika membuat poster. Boleh rujuk di : Font Cantik

    Manakala untuk mendapatkan gambar yang menarik, anda boleh cari di laman web yang ada menyediakan gambar berformat Png. Boleh rujuk: Gambar PNG

    Rujukan: https://www.pendidik2u.my/cara-buat-poster-menggunakan-powerpoint/?fbclid=IwAR0P33Xd-34LhwKiX4ozpQ1Ks41wzdRN4wjWG8JUvSDg-4rR2QAhlwIZxqI
Semoga ianya memberikan panduan pada anda semua untuk tugasan seharian. Sebarang latihan mentoring atau coaching bolehlah hubungi saya di https://www.irsukhairul.com 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *