Mencari prospek jualan kereta – Apa yang pelanggan inginkan dari Penasihat Jualan?

Pelanggan inginkan:

-informasi yang terbaik tentang produk

-informasi tentang kadar interest bank serta wang pendahuluan atau down payment

-proses nak trade in atau jual kenderaan lama

 

Tugas Penasihat Jualan:

-bersedia dengan brochures/pamphlets atau flyer

-sentiasa up to date maklumat tentang produk dan perkara berkaitan kewangan atau loan

-lengkap dengan sales kit seperti sales tablet

 

Sumber-sumber bakal pelanggan yang akan beli kereta adalah:

  1. Walk-in – sumber yang paling utama di mana bila mereka masuk ke dalam pusat jualan, tanda yang paling jelas yang beliau nak beli kereta.
  2. Direct mail atau tulis surat atau email terus pada bakal pelanggan – dengan memberikan brochures/pamphlets. Teknik ini amat elok untuk menarik ramai bakal pelanggan datang ke pusat jualan anda terutamanya bila nak launching produk terbaru, majlis keraian di pusat jualan dan kempen servis.
  3. Menerusi telefon – Nombor bakal pelanggan yang diberi oleh pelanggan anda terdahulu yang berpuas hati dengan perkhidmatan anda. Pertanyaan menerusi telefon tersebut menjurus kepada appointment. Panggilan cold-calls juga boleh dibuat di mana nombor tersebut diambil dari sumber-sumber yang pelbagai.
  4. Komersial – Siapa pelanggan komersial? SMEs, Sole Proprietors, Sdn Bhd. Bagaimana nak dapatkan pelanggan komersial? Melalui Yellow Pages, KLSE, Trade Association Directories, Lawatan personal  untuk rapatkan hubungan.
  5. Selain dari di atas sumber-sumber lain adalah majlis promosi di mana-mana, melalui ejen insuran, pelanggan yang ada di bahagian servis dan body paint, pelanggan yang berpuas hati dengan khidmat anda

Sales Satisfaction Index (SSI) atau Index Kepuasan Pelanggan (Contoh Kaji Selidik Pelanggan)

Hakcipta terpelihara irsukhairul.com 2017

KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN 

PUSAT JUALAN

Salam Mesra dari kami.

“Tahniah” atas pembelian kenderaan baru anda. Kami berasa gembira sekiranya anda sudi meluangkan masa untuk mengisi borang kaji selidik ini. Tujuan kami adalah untuk memahami tahap kepuasan anda terhadap perkhidmatan yang telah kami sediakan. Sila lengkapkan borang ini dan kembalikannya kepada kami dengan menggunakan sampul surat prabayar yang dilampirkan bersama dalam tempoh 14 hari. Sebagai tanda penghargaan, anda akan menerima “Diskaun e-Baucer bernilai RM20.00” yang akan dikreditkan ke dalam rekod kami di pusat servis kami. Maklum balas anda amat dihargai dalam usaha kami untuk mempertingkatkan mutu produk dan perkhidmatan kepada para pelanggan kami di Malaysia. Terima kasih atas kerjasama anda.

 Sila tandakan X pada bulatan 1 hingga 10 di mana bulatan 10 adalah yang paling terbaik dan 1 sebaliknya.

S1: INISIATIF JUALAN

a. Masa yang diambil untuk disambut di Pusat Pameran.

b. Penerangan Penasihat Jualan tentang ciri-ciri dan faedah kenderaan (termasuk maklumat kenderaan buatan jenama lain).

c. Demonstrasi ciri-ciri kenderaan (Pandu uji/kenderaan pameran).

d. Semua pertanyaan dan permintaan disusuli oleh Penasihat Jualan sebelum membuat keputusan pembelian.

 

S2: KEMUDAHAN DI PUSAT PAMERAN

a. Lokasi Pusat Pameran yang mudah.

b. Kawasan luaran Pusat Pameran yang menarik dan mesra (contoh. Cara pameran, kelengkapan tempat).

c. Pusat Pameran mempamerkan pelbagai pilihan kenderaan (Contoh. model, warna).

d. Kesenangan untuk melihat kenderaan yang dipamerkan di pusat pameran (kenderaan diletak dengan laluan yang mudah, dirancang dengan baik).

e. Tempat Urusniaga Jualan adalah selesa.

 

S3: PENASIHAT JUALAN

a. Penasihat Jualan berpengetahuan tentang kenderaan.

b. Penasihat Jualan yang sopan dan mesra.

c. Penasihat Jualan yang mampu memenuhi janji pembelian yang diberi.

d. Penasihat Jualan memberi tekanan yang sesuai semasa proses pembelian.

e. Penasihat Jualan prihatin terhadap pembelian kenderaan mengikut keperluan anda.

 

S4: URUSNIAGA

a. Urusniaga mudah dirunding.

b. Harga yang dibayar menepati jangkaan anda.

c. Jangka masa yang diperlukan untuk menyiapkan kertas kerja.

d. Semua dokumen diterangkan dengan jelas.

 

S5: PENGHANTARAN MASA

a. Kenderaan dihantar pada masa yang dijanjikan.

b. Jangkamasa yang diperlukan untuk menyediakan kenderaan anda dan hari pesanan dibuat sehingga hari kenderaan diambil.

c. Kesesuaian maklumat status penghantaran kenderaan baru anda.

 

S6: PROSES PENYERAHAN

a. Keadaan dan kebersihan kenderaan (Bersih tanpa calar).

b. Proses penyerahan menyeronokkan.

c. Penjelasan yang menyeluruh (contoh ciri-ciri kenderaan, buku panduan pemilik, jaminan)

d. Kemampuan menjawab soalan dengan jelas semasa proses penyerahan kenderaan.

e. Jangkamasa yang diambil untuk menyelesaikan proses penyerahan.

f. Berapa lamakah masa yang diambil bagi proses penyerahan? (Dari masa anda tiba di pusat pameran sehingga anda meninggalkan pusat pameran dengan kenderaan baru anda? contoh (30 minit, 60 minit, 90 minit)

 

S7: PENGALAMAN PEMBELIAN ANDA

a. Adakah Penasihat Jualan meluangkan masa yang cukup kepada anda semasa penghantaran?

b. Adakah Papan Penunjuk disediakan di pusat pameran?

c. Adakah Penasihat Jualan memperkenalkan dirinya kepada anda (kad perniagaan)?

d. Adakah Penasihat Jualan memulakan perbualan dengan anda?

e. Adakah Penasihat Jualan meluangkan masa berbual dengan anda?

f. Adakah kenderaan anda diserahkan mengikut ciri-ciri yang telah dijanjikan?

g. Adakah kenderaan anda diserahkan melalui Majlis Penyerahan yang istemewa?

h. Adakah Penasihat Jualan bertanyakan maklumbalas mengenai pengalaman membeli?

i. Adakah Penasihat Jualan memperkenalkan Pusat Servis/penasihat servis kepada anda?

j. Adakah Penasihat Jualan memberi maklumat yang penting kepada anda seperti di bawah:

i) rangkuman jaminan (warranty coverage)

ii. borang penyelidikan pelanggan

iii. Keahlian

k. Adakah kenderaan anda disediakan minyak dengan jumlah yang munasabah.

l. Adakah Penasihat Jualan anda mengucapkan terima kasih atas pembelian anda?

m. Adakah Penasihat Jualan anda menghubungi anda untuk memastikan bahawa semuanya dalam keadaan yang memuaskan selepas kenderaan anda dihantar?

n. Adakah terdapat kawasan permainan untuk kanak-kanak?

 

S8: PENGESYORAN

a. Adakah anda akan mengesyorkan pusat pameran ini kepada kawan-kawan atau saudara mara anda?

b. Adakah anda akan mengesyorkan jenama kami kepada kawan-kawan atau saudara mara anda?

 

SILA BERITAHU KAMI SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI KOMEN ATAU CADANGAN MENGENAI PENGALAMAN SEMASA MEMBELI.

……………………………………

 

 

 

 

 

Disertakan di sini contoh keputusan SSI JD Power 2016 untuk pasaran kereta baru di Malaysia dan peratusan kepentingan setiap attributes.

Senarai pusat servis dan Body Paint Perodua di Klang Selangor

Utama Motor Workshop (Sel) Sdn. Bhd. juga adalah Body Paint Center
Pamela Lim Hui Mei
Lot 8861, Jalan Kim Chuan, Pandamaran, 42000, Port Klang, Selangor.
TELEPHONE
03-3166 8818 , 03-3166 9818

Liew Boon Leong Automobile
Liew Boon Leong
Lot 10433, Batu 5, Jalan Sg. Jati, Off Kampung Jawa, 41000, Klang, Selangor.
TELEPHONE
03-5162 1779

P.B Motor Sdn. Bhd. (Klang)
Urazaidy Zakaria
Bangunan Pantai Bharu 227, Batu 1, Jalan Meru, 41050, Klang, Selangor.
TELEPHONE
03-3342 3636

Perodua Service Centre (Klang 1) juga adalah Body Paint Center
Abdullah Ab Razak
No.14, Lorong Keluli 1C, Kawasan Perindustrian (Selatan) Bukit Raja, 41050, Klang, Selangor.
TELEPHONE
03-3344 0900 / 7800

Perodua Service Centre (Klang 2)
Ali Azhar B. Abdul Kapar
Lot No. 5004, (Pt 20760), 5th Mile, Jalan Meru, 41050, Klang, Selangor.
TELEPHONE
03-3392 1517 / 1642 / 1644 / 1645

Analisa jualan kereta di Malaysia untuk Mei 2017, Julai 2016 dan Julai 2015

Assalamualaikum

Berdasarkan data di atas yang diperolehi dari MAA dan blog Paultan, jualan kereta Perodua untuk Julai 2017 ini dianggarkan antara 15,121 ke 17,957 unit. Takkanlah dari jumlah tersebut 20 unit pun kita tidak dapat jual dalam sebulan? Semuanya tidak mustahil untuk dicapai. Walaupun dalam ekonomi gawat sekarang jualan Perodua masih lagi boleh mencapai jumlah yang banyak. Sasarkan jualan 20 unit sebulan pada bulan Julai 2017 ini. Lagi banyak lagilah bagus.

Promosi Perodua 25th June ke 31 Julai 2017

Axia Std G AT - RM1,000 (Axia others model - Nil)
Bezza All Models Facelift - Nil
Myvi 1.3G MT (RM3,300); Myvi 1.3G AT (RM3,300); Myvi 1.5 MT SE (RM6,000); Myvi 1.5 AT SE (RM5,500); Myvi 1.5AT AV (RM4,000)
Alza 1.5 Std AT - RM1,300 (Alza 1.5SE & AV - Nil)

Tips memandu kenderaan dengan selamat – Sayangi nyawa anda dan orang tersayang di musim perayaan ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kerap kali kalau kita lihat di media sosial di mana kemalangan jalan raya setiap masa berlaku dan terutamanya ketika menyambut perayaan seperti hari raya ini. Antara salah satu puncanya adalah pemandu tidak mengetahui dengan jelas kaedah pemanduan yang selamat yang kelak dapat membantu beliau terjebak dalam sebarang kemalangan yang amat membimbangkan. Apakah yang anda perlu lakukan sebelum memandu kenderaan anda?

Sebelum memandu apa yang anda harus lakukan?
Anda dicadangkan untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Pastikan perkara melibatkan komponen berikut berfungsi dalam keadaan baik dan selamat.
i) Enjin.
ii)Brek.
iii)Bateri kereta.
iv) Semua lampu.
v) Wiper atau pengelap cermin.
vi) Tekanan angin tayar yang mencukupi dan pastikan tayar spare pun ada angin yang mencukupi.
vii) Pastikan juga minyak petrol yang mencukupi
viii) Dan lain-lain

Bukan hanya pada kenderaan, selaku pemandu kita juga perlukan rehat yang mencukupi. Berhenti seketika jika rasa mengantuk ketika memandu.
Jangan menggantung pakaian atau tuala pada tingkap kenderaan kerana ianya menghadkan pandangan anda.
Jangan mengambil sebarang minuman beralkohol atau ubat yang boleh menyebabkan anda mengantuk.

Pastikan anda berada dalam kedudukan yang selesa dengan
i) Menyelaraskan tempat duduk
ii)Membetulkan kedudukan cermin pandang belakang dan cermin sisi atau side mirror
iii)Memakai talipinggang keledar di depan dan belakang

Semasa memandu apa yang anda harus lakukan?
Patuhilah had laju yang dibenarkan.
Patuhilah semua tanda isyarat yang dipamerkan di jalan raya.
Pandu di lorong yang bersesuaian dengan kelajuan kenderaan dan jangan memandu di lorong kecemasan.
i) Lorong kiri – Memandu perlahan
ii)Lorong tengah – Memandu laju
iii)Lorong kanan – Memotong

Sentiasalah memandu di lorong kiri kecuali ketika memotong.
Awasilah kenderaan yang keluar dari hentian sebelah atau yang masuk ke lebuhraya dari persimpangan bertingkat.
Gunakan gear yang sesuai terutama ketika mendaki atau menuruni kawasan bukit.
Ekori kenderaan lain dalam jarak yang selamat.
Dilarang sama sekali menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan memotong atau tempat berehat.
Dilarang berhenti di lorong kecemasan kecuali ketika kecemasan.
Berhati-hati terhadap kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan dan penunggang motosikal yang berhenti di bawah jambatan ketika hujan.
Gunakan isyarat lampu tinggi jika mahu memotong kenderaan yang berada di hadapan.
Jangan makan, minum atau menggunakan telefon bimbit (tanpa hand free) ketika memandu.
Jangan memandu ketika keletihan dan mengantuk.
Elakkan memandu berterusan melebihi 2 jam.
Berhentikan kenderaan anda di kawasan rehat yang disediakan selepas setiap 2 jam perjalanan.
Berhati-hati ketika memandu semasa hari hujan, kabus, waktu malam dan keadaan permukaan yang licin dan tidak rata.
Kurangkan kelajuan apabila menghampiri plaza tol dan masuk ke lorong yang sesuai. Jangan sekali-kali menukar lorong di saat-saat akhir.

Apakah cara yang terbaik ketika memandu di lebuh raya?
Pemandu-pemandu yang memandu secara perlahan dan kenderaan berat hendaklah sentiasa memandu di lorong sebelah kiri bagi membolehkan kenderaan yang laju memotong dengan mudah di sebelah kanan.
Tentukan anda telah mengekori kenderaan di jarak yang selamat. Gunakan peraturan 2 saat “two seconds rule”.
Perhatikan lalulintas di hadapan jika kenderaan anda dan kenderaan dari hadapan dipandu dengan kelajuan 80 km/jam bererti pertemuan antara kedua-dua kenderaan adalah 160 km/jam. Oleh sebab masa 10 saat diperlukan untuk melintasi antara satu sama lain ketika memotong, kenderaan lain yang datang dari hadapan, jarak minimum yang selamat yang dicadangkan antara kenderaan anda dan kenderaan dari hadapan ialah 50 meter.
Perhatikan kenderaan di belakang anda sebelum menukar lorong. Perhatikan kenderaan melalui cermin dan kemudian kawasan tidak boleh diperhatikan (blind spot).
Berikan isyarat sebelum menukar lorong.
Tukar lorong untuk memotong.
Tambah kelajuan kenderaan semasa memotong.
Berikan isyarat kepada kenderaan yang dilintasi dengan membunyikan hon atau gunakan lampu.
Berikan isyarat jika anda bercadang untuk memasuki lorong yang betul.
Selepas memotong, padamkan lampu isyarat dan masuk ke lorong yang betul dengan secepat yang mungkin iaitu apabila anda dapat melihat kenderaan yang dilintasi melalui cermin pandang belakang.
Bergeraklah dengan kelajuan yang dibenarkan selepas anda melintasi kenderaan-kenderaan yang dipotong.

Apa yang anda harus lakukan jika kenderaan anda rosak?
Berhentilah di lorong kecemasan.
Nyalakan lampu kecemasan.
Arahkan penumpang keluar dan berkumpul di belakang rel penghadang.
Letakkan tanda isyarat segi tiga kecemasan di belakang kenderaan sekurang-kurangnya 15 meter di belakang kenderaan yang rosak.
Hubungi peronda lebuh raya atau mekanik untuk bantuan kerosakkan atau tunda kenderaan.
Sebaik-baiknya berhenti di tempat yang terang jika berlaku kerosakkan pada waktu malam.

Apa yang anda perlu lakukan jika berlaku kemalangan?
Berhentilah di lorong kecemasan sekiranya boleh.
Hubungi pihak polis (999), ambulan (999) atau peronda lebuhraya untuk bantuan kecemasan.
Beri maklumat kepada pihak polis apabila diminta.
Laporan polis perlu dibuat dalam masa 24 jam.

Talian kecemasan:
Agen insuran Nizwien (Allianz & Etiqa Takaful) – 012-3923929 atau 012-2515093
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) – 03-26920000
Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP ) – 03-732 9222
Lebuhraya Shah Alam ( KESAS ) – 03-733 7188
Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE ) -03-531 8800
Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak ( MTD )-09-233 0100
Lebuhraya Kulim – Butterworh ( BKE )-04-398 6969
Lebuhraya Seremban – Port Dickson ( SPDH )- 06-632 3060
Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura ( Linkedua )- 07-278 8000
Jambatan P.Pinang (PBSB )-04-398 000
Lebuhraya Sg.Besi ( BESRAYA ) – 1-800- 880999

Memperkenalkan kereta sedan pertama Perodua Bezza dengan 5 star rating yang selamat dipandu yang mana ianya dilengkapi dengan VSC (vehicle stability control – kawalan kenderaan seimbang), TRC (traction control – kawalan dari tersasar), HSA (hill start assist – bantuan dari terturun bukit), ABS dengan ABD (anti lock braking system bersama electronic brake distribution), one touch power window with jam protection (tingkap berkuasa satu sentuhan) dan seat belt reminder for driver & front passenger (talipinggang keledar yang dapat ingatkan pemandu dan penumpang).

Sila klik gambar di bawah untuk pautan terus ke Perodua Bezza.

Bila agaknya sesuai untuk membeli kereta di Malaysia?

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Esok kita akan menyambut hari raya aidilfitri dan anda pastinya telah bersedia untuk meraikan bersama keluarga dan rakan2 sekalian tapi jangan lupa untuk pastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan selamat.

Ir ingin berkongsi kepada anda semua bila masa yang sesuai untuk anda miliki kereta baru. Berdasarkan kajian jualan kenderaan tahun 2016 dan juga berdasarkan hari kelepasan menyambut perayaan tahunan. Di bawah adalah hari-hari perayaan di Malaysia di mana perayaan hari raya aidilfitri di Malaysia disambut lebih awal tahun 2017 berbanding tahun 2016.

Berdasarkan tarikh perayaan penting di atas contohnya aidilfitri dan aidiladha maka ianya pasti memberikan impak pada jualan keseluruhan kenderaan baru di Malaysia kan? Di bawah ditunjukkan perbandingan setiap bulan jualan kenderaan kereta baru di Malaysia pada September 2016 berdasarkan maklumat dari MAA dan Blog Paul Tan sebagai rujukan ilmiah. Mungkin kali ini anda sudah memikirkan untuk memiliki kenderaan baru sebelum aidil adha?

Kita dapat lihat dari data di atas yang mana pada bulan Julai 2016 jualan kereta adalah rendah di mana pada bulan ini umat Islam menyambut hari raya aidilfitri. Tapi pada bulan August 2016, jualan naik mendadak dan salah satu faktornya adalah umat Islam kini menyambut hari raya aidiladha di mana di pantai timur atau pelanggan dari pantai timur , hari raya aidiladha disambut meriah berbanding hari raya aidilfitri. Hari raya aidiladha jatuh pada 12 September 2016 dan kita dapat lihat jualan kenderaan naik pada bulan August 2016. Untuk tahun 2017 ini, aidiladha bakal disambut pada 2 September 2017 dan bulan depan Julai 2017 adalah masa yang paling sesuai untuk miliki kenderaan baru anda. Tempoh memiliki kenderaan baru lebih kurang dua ketiga minggu atau sebulan. Cepat beli kereta baru selepas berhari raya aidilfitri ini.

Model jenama apa yang paling laku dan sesuai untuk dibeli? Berdasarkan pada data di atas, Perodua mendahului jualan kenderaan baru dan saya cadangkan anda untuk memiliki sebuah Axia atau Bezza atau Alza kerana ianya dibina untuk menepati kehendak rakyat Malaysia. Anda boleh layari halaman di bawah untuk detail produk-produk jenama keluaran Perodua.

Topik ke 3 dan terakhir “Strategi Perniagaan bagaimana nak menjana pendapatan 5 angka” Irfan Khairi 22/6/2017

Perniagaan – Nak capai 5 angka dengan pantas kena buat perniagaan…. 33 tahun kerja makan gaji barulah dapat jadi jutawan…dengan perniagaan lagi pantas lagi..
Pelaburan? – 10% peratus setahun…yang baguspun 20% peratus setahun…
Kalau perniagaan cepat jer capai 100% setahun..
Irfan dapat pendapatan income sejuta dalam masa 3 tahun..
Perniagaan internet saja – Irfan buat perniagaan seorang sahaja.
Nabi Muhammad SAW dah menjalankan perniagaan umur 12 tahun.
Irfan dah jalankan perniagaan 17 tahun..
KFC jalankan perniagaan lewat tapi berjayalah jugak walaupun umur dia dah lewat.
9 daripada 10 rezeki dari perniagaan. 9 dari 10 perniagaan adalah gagal (realiti). Kebanyakkan gagal dalam tahun pertama saja. Irfan pun gagal dalam perniagaan dalam tahun pertama dia gagal.
Kenapa Irfan gagal: Kurangnya ilmu perniagaan
Ilmu yang perlu tahu dalam perniagaan adalah ilmu Penjenamaan (Branding). Ramai tak ambil penting penjenamaan. Perniagaan setiap hari nak cari sales/client sebab tiada penjenamaan. Setiap kali nak keluar duit.
Bila perniagaan ada brand orang akan cari anda.
Semua perniagaan besar2 ini bermula dari kecil jugak. Cadbury bermula dengan kedai kecik saja. Daripada dulu lagi dah fikir penjenamaan. Kita tak fikir long term macama mana perniagaan kita akan berkembang long term.
Tahun 2005: Irfan nak ngajar orang Malaysia mengenai penjenamaan. Tak ramai orang join pasal penjenamaan. Tak banyak peniagaan Malaysia sekarang tak masuk ke luar negara.Macam mana nak kembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.Dengan ilmu penjenamaan (10 tahun) Irfan gunakan jenama itu untuk naikkan nama Irfan. Irfan Khairi Institute of Business.Irfan Khairi Sdn Bhd.
Kena tahu teknik @ strategi. Ada yang produk tah apa2 pun tapi orang beli sebab jenama mereka terkenal.
Jangan bandingkan dengan artis. Boleh bandingkan dengan Irfan (usahawan); bagaimana Irfan bina jenama beliau.
Konsisten dan Fokus (sampaikan message yang sama berulang2 kali).
Irfan – fokus pada penjenamaan.
Cari satu topik yang anda kena fokus. Dan ulang yang sama berulang2 kali.
Automasi – Kalau anda berhenti untung tak masuk. Automasikan perniagaan anda – lagi mudah nak buat penjenamaan dan fokus.
Bekerja keras dulu ; Cash flow quadrant (Robert Kiyosaki).
Kita bermula sebagai employee.Kedua menjadi self employed. Business – perniagaan yang diautomasikan (80% automated).
Perniagaan internet ada banyak sangat boleh diautomasikan. Irfan Khairi 100 message beliau di FB di schedulekan. Apa yang Irfan lakukan adalah live sahaja.
Bagaimana nak automasikan perniagaan……Kita ada masa untuk jalankan perniagaan yang lain pula.
Irfan Khairi pernah belajar di Univ. Walaupun beliau dapat ijazah tapi perniagaan dia tetap gagal.
Yang berjaya di dunia tak habis universiti tapi berjaya dalam perniagaan. Yang pentingnya adalah ilmu. Ilmu kena banyak.
Sun Tzu the Art Of War. Kalau kita tak der strategi yang betul maka kita akan gagal dalam peperangan.
Apa yang penting kita kena susun strategi kita bagaimana nak berjaya dalam perniagaan.
1) Minda – menguasai minda anda…(paling penting)
2) Kewangan – kalau tak urus dengan betul tak jalan jugak
3) Strategi perniagaan – ilmu penjenamaan & automasi

Akademi5angka 100% online – sering update dengan module2 terkini (lagi banyak module akan dimasukkan ke situ).

20 tahun lalu Irfan macam anda jugak..tiada mentor..tidak tahu nak buat apa…strategi kewangan pun tak tahu..gagal masa tahun 

Irfan Khairi topik Ke 2 21/6/2017 – topik kewangan

Sales funnel…bermula dengan video

Think & grow rich… Irfan dah baca sejak umur 20an (bagaimana nak memperbaiki minda kita untuk dapat pendapatan 5 angka)

Menguasai kewangan kita…
Pernah tak anda ada masalah kewangan? stress dengan duit….lepas tu lagi banyak masalah kewangan datang…kereta rosak, rumah rosak, anak2…dll…Masalah banyak menimpa…itu yang akan terjadi…
Masalah kewangan lagi akan datang…
Bila anda fikirkan kekayaan, kekayaan akan masuk…
Bila ada masalah kewangan, masalah lagi akan datang..
Yale Univ – topik duit adalah penting dan emosional..
Punca keceraian akibat duit/wang… Masalah sosial akibat dari wang…mencuri, menipu…
Zaman dulu, tak baik kalau bercakap pasal wang..tak bincangkan pasal wang…generasi kita takut nak bincang pasal wang…
Bila kurang wang maka orang akan mencuri…orang akan lagi rosak..
Lebih wang jugak akan jadikan orang rosak jugak.
Duit takkan mengubahkan kita….identifykan kita orang yg macam mana..
Duit akan menunjukkan cara orang itu…. Kalau orang tu jahat, bila dia dapat duit dia akan lebih tak bagus/baik…
Untuk orang yang baik, bila ada duit mereka akan lebih baik lagi…
Irfan pernah gagal dalam kewangan dulu… Irfan pernah gagal dalam prinsip akaun SPM… Masa Irfan masuk UITM pun dia gagal dalam prinsip akaun… Irfan tukar subjek kepada design/grafik…Perniagaan yang pertama – tetap gagal jugak..
Orang yang kaya raya pendapatan tinggi tapi tak der saving…
Orang tu mula miskin tapi usaha2 dia jadi kaya..jadi jutawan…
Dengan usaha menjadi kaya raya… Kekayaan tak kenal background apa…
Masa Irfan umur 25 tahun, Irfan beli apa? 1 juta yang pertama… beli rumah kecil sahaja…Rm200K less… (apartment), beli kereta Kembara (rm45K) … Allah boleh tarik rezeki kita bila2 masa saja…
Tapi dah tak berhutang…. (at least ada backup kalau sesuatu terjadi).
Irfan masa berkerja kat UK, pendapatan boss tinggi tapi datang office naik bas jer… Di UK Western mereka tak menunjuk sangat tentang bahan material…tak kesah sangat…
Tak perlu ikut orang lain…..Kewangan ini macam penyakit, kalau detect awal2, lebih cenderung kita baiki cepat…
Dato Fadzilah Kamsah…Berdosakah kita kejar kekayaan? Dato cakap Islam menggalakkan umatnya berjaya..kita kena jadi orang Islam yang hebat… Bukankah Islam nakkan kita bersederhana? Sederhana umat yang pertengahan… Balance…. Hebat di dunia dan di akhirat jugak…hebat di tempat kerja dan hebat di rumah jugak…
Kalau kita usahawan hebat, pendapatan kita tinggi jugak..kita kena jadi hebat….
Kewangan kita pun jadi hebat jugak…
Banyak bersedah…
Kewangan – bila kita anggap duit nie cukup2 makan. duit tak banyak..
Bila kita fikir duit tu limited kita tak nampak peluang duit kat luar sana… Mindset ..
Sahabat Nabi adalah usahawan2 hebat…Abd Rahman bin Auff… Unta berjalan bergegar bumi…tak salah kekayaan… Berkat kekayaan dengan cara yang betul..tak salah kita bincang pasal kewangan..
Work life balance….
Kena pandai uruskan kewangan….
Sekarang kena keep track kewangan anda… Anda kena tahu di mana permulaan anda… Pengurusan kewangan perlu… Rich dad poor dad : Bila anda minda miskin anda tidak akan nampak peluang kewangan yang ada keluar…. Minda anda yang miskin..
Rich dad: Minda kaya, akan nampak peluang menjana pendapatan di luar sana..
Semua duit keluar masuk kena tahu duit masuk dan keluar…cash flow sangat penting…
Kena ada budget anda sendiri, libatkan keluarga jugak…
Cash flow quadrant…(robert kiyosaki)… Usahawan: kebanyakkan usahawan kita silap langkah… Anda ingat anda ada perniagaan..sebenarnya anda masih bekerja..
Boss anda adalah perniagaan anda… Kena ada sistem….business boleh berjalan sendiri… Bos adalah perniagaan mereka..setiap hari mengejar sales(bukan business)… Untuk jana pendapatan 5 angka kena ada sistem automated…
Kewangan sangat penting… duit ada…perniagaan ada…
www.5angka.com
Cuba dapat pendapatan 5 angka, joinlah 5angka.com

Perodua Alza

Perodua Alza merupakan MPV yang paling jimat penggunaan bahan api setakat ini berbanding MPV model lain. Ianya juga sesuai digunakan seharian kerana saiznya yang tidak begitu besar. Walau bagaimanapun Perodua Alza masih sesuai untuk perjalanan jarak jauh kerana keselesaan tempat duduknya. Walaupun menggunakan enjin berkapasiti 1.5 liter, Perodua Alza masih mampu membawa penumpang yang ramai berbanding model MPV yang lain.

LEBIH CIRI-CIRI YANG ADA, LEBIH BERGAYA

 Alza Baru direka untuk membuat setiap perjalanan menyeronokkan.

SISTEM MULTIMEDIA:

 Sistem multimedia reka bentuk baru dengan navigasi dan kamera untuk mengundur.

VERSATILITI KESELAMATAN:

Ciri-ciri praktikal yang direka untuk keselesaan memandu sebenar.

SEDIA MEMENUHI SETIAP PERLU:

 Alza anda, cara anda. Bentuknya untuk memenuhi keperluan anda dengan mudah.

KESELAMATAN & PRESTASI:

Setiap perjalanan adalah pengembaraan. Setiap perjalanan datang dengan ketenangan fikiran.

PILIHAN:

 Pilihan warna yang terang dan menarik.