Takaful Untuk Kemalangan Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita tidak lari dari menghadapi musibah di mana jua. Alhamdullilah dengan adanya syarikat Takaful maka musibah tersebut dapat diringankan dan dapatlah kita meneruskan kehidupan. Di sini disertakan 3 pelan Takaful yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Pelan A: Takaful Private Car Driver & Passenger

Nikmati perlindungan takaful untuk anda dan penumpang anda sekiranya berlaku kemalangan. 

Kelayakan : Orang yang dilindungi dari usia 18 ke usia 70 tahun.

Perlindungan di jalan raya, untuk anda dan orang yang tersayang

Kehidupan adalah sesuatu yang tidak diduga akan berlaku, terutama semasa orang yang tersayang berada di dalam kenderaan. Pelan Takaful Pemandu Dan Penumpang Kenderaan Persendirian memberikan anda dan penumpang perlindungan takaful sekiranya berlaku kemalangan. Memandu dengan minda yang tenang.

3 Manfaat yang anda akan nikmati

i) Perlindungan Takaful

Anda dan penumpang akan menerima pembayaran balik sekaligus sekiranya berlaku kematian, atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan.

ii) Manfaat Perbelanjaan Perubatan

Anda dan penumpang akan menerima pampasan sehingga RM1,500 untuk kos perubatan yang ditanggung akibat kemalangan.

iii) Manfaat Perbelanjaan Pengebumian

Anda akan menerima pampasan untuk manfaat perbelanjaan pengebumian bagi pemandu dan penumpang yang berada di dalam kenderaan.

 

Pelan B: Takaful Flexi PA

Sentiasa bersama anda di sepanjang perjalanan.

Kelayakan : Orang yang dilindungi dari usia 18 ke usia 65 tahun.

Sentiasa bersama anda di sepanjang perjalanan

Berada di jalan raya telah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan seharian anda. Anda memandu ke tempat kerja, keluar bertemu rakan-rakan, dan pulang ke pangkuan yang tersayang. Walau bagaimanapun, keselamatan anda perlu diutamakan kerana situasi di jalan raya adalah agak mencabar. Takaful Flexi PA adalah pelan perlindungan kemalangan diri yang melindungi anda dan keluarga daripada beban kewangan sekiranya berlaku kemalangan.

4 Manfaat yang anda akan nikmati

i) Perlindungan Takaful

Anda akan menerima pembayaran sekaligus sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan. Anda boleh membuat pilihan untuk memberi kebenaran bagi melangsaikan baki pinjaman sewa beli kenderaan sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan.

ii) Elaun Kemasukan ke Hospital

Kami menyediakan pampasan tunai sekiranya anda dimasukkan ke hospital.

iii) Tiada Pemeriksaan Kesihatan Diperlukan

Proses permohonan dan pendaftaran yang mudah. 

iv) Perlindungan di Serata Dunia

Anda akan dilindungi 24-jam sehari, walau di mana sahaja anda berada.

Manfaat & Jumlah Dilindungi  adalah seperti di bawah (Anda dilindungi dengan sumbangan serendah RM0.20 sen sehari):

Kematian Akibat Kemalangan RM50,000

Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan RM50,000

Elaun Kemasukan ke Hospital RM50 satu malam, sehingga RM5,000

Nota: Sumbangan Tahunan Pelan B: RM63.60 (termasuk GST) Duti Setem: RM10.00 dan tempoh perlindungan adalah satu (1) tahun. Anda perlu memperbaharui Sijil Takaful anda setiap tahun.

MEMPERKENALKAN PELAN TERBARU YANG PASTI ANDA TERUJA DAN MESTI INGIN MENGAMBIL PELAN INI UNTUK DIRI DAN KELUARGA TERCINTA

Pelan C: MEGA PA TAKAFUL

Pilihan pelan kemalangan diri untuk anda dan seisi keluarga

Kelayakan : Anda dan ahli keluarga layak untuk memohon pelan ini sekiranya berumur sekurang-kurangnya 18 tahun bagi setiap dewasa dan 45 hari untuk setiap anak. Maksimum kelayakan umur bagi pelan ini adalah pada ulang tahun ke 65 bagi setiap dewasa dan ke 17 tahun bagi setiap anak, sekiranya anak masih belajar sepenuh masa, maksimum kelayakan adalah pada ulang tahun ke 23.

 

Mega PA Takaful direka dengan 4 pelan kemalangan diri yang berbeza bagi menyediakan pelbagai manfaat sekiranya berlaku kemalangan, kemasukan ke hospital akibat kemalangan, atau sekiranya anda menjadi mangsa kejadian ragut.

i) Mega PA Takaful Essential

Pelan asas kemalangan diri yang melindungi anda dan keluarga sekiranya berlaku kemalangan atau kejadian yang tidak diingini.

Sasaran: Umur yang lebih muda (Gen Y). Profesional muda – pengamal pertama, tiada pelan insurans / takaful. Pelanggan yang memerlukan Minimum Jumlah Diinsuranskan / Jumlah Dilindungi sebanyak RM100K atau lebih. Memerlukan penggantian pendapatan dalam hal kecacatan.

SILA KLIK SINI——————> Etiqa Mega PA_Essential (Takaful_BM version)_FA

ii) Mega PA Takaful Crime Cover

Pelan yang melindungi anda dan keluarga sekiranya berlaku kehilangan atau kecederaan akibat kejadian ragut.

Sasaran: Perempuan (bekerja & tinggal di rumah). Kanak-kanak terdedah kepada bahaya. Penumpang pengangkutan awam. Terlibat jenayah secara kerap (misalnya: tempat kerja).

SILA KLIK SINI——————> Etiqa Mega PA_Crime Cover (Takaful_BM version)_FA.pdf

iii) Mega PA Takaful Hospital Care

Pelan yang melindungi kos perbelanjaan perubatan anda sekiranya berlaku kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan.

Sasaran: Gaya hidup / pekerjaan aktif. Nikmati aktiviti luar – terdedah kepada kecederaan. Mereka yang tidak mempunyai liputan minimum pada kad perubatan – memerlukan sokongan kewangan perubatan.

SILA KLIK SINI——————>Etiqa Mega PA_Hospital Care (Takaful_BM version)_FA

iv) Mega PA Takaful Prime Shield

Pelan komprehensif yang melindungi anda dan keluarga sekiranya berlaku kemalangan atau kejadian yang tidak diingini, atau kos kos perbelanjaan perubatan yang disebabkan oleh kemalangan.

Sasaran: Pasaran yang kaya – dengan aset kewangan yang dilaburkan sebanyak RM500K dan ke atas. Keluarga dengan anak-anak. Pelanggan korporat – kakitangan utama, entiti perniagaan. Mereka memerlukan liputan yang komprehensif. Pelan yang sesuai untuk memenuhi keperluan pencari nafkah.

SILA KLIK SINI——————>Etiqa Mega PA_Prime Shield (Takaful_BM version)_FA (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *