Perjalanan untuk mendapatkan kelayakkan sebagai Jurutera Profesional “Ir @ MIEM/PE” di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai di kalangan rakyat Malaysia masih tidak tahu yang kerjaya sebagai jurutera amatlah penting dalam pembangunan sesebuah negara. Jurutera boleh didapati badan kerajaan dan swasta yang tugas mereka adalah meliputi dari rekabentuk, operasi, kualiti, penyelenggaraan dan seterusnya ke bahagian pengurusan peringkat pertengahan dan atasan. Untuk membezakan antara jurutera yang berkelayakkan dalam satu-satu bidang maka diwujudkan jurutera profesional atau dikenali sebagai Ir untuk setiap bidang seperti mekanikal, civil, structure, chemical, elektrikal dan lain-lain. Untuk layak mendapat gelaran tersebut, Lembaga Jurutera Malaysia sebagai badan berkanun yang menggariskan polisi-polisi yang perlu untuk lulus sebagai jurutera profesional.

Di bawah Akta Pendaftaran Jurutera, Lembaga Jurutera Malaysia ditugaskan untuk menguruskan perlaksanaan akta melibatkan kejuruteraan di Malaysia. Mengikut akta tersebut, hanya jurutera lepasan universiti dan jurutera profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia dibenarkan untuk menjalankan kerja melibatkan kejuruteraan di Malaysia. Semua jurutera mestilah berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia dalam tempoh enam bulan selepas melibatkan diri dalam tugas kejuruteraan.

Pada mulanya tahun 1970an, semua graduasi universiti yang terus berkecimpung sebagai jurutera pangkal namanya diberi oleh The Institution of Engineers Malaysia (IEM) sebagai Ir atau Ingeneur. Pada tahun 1987, Akta Jurutera 1967 telah digubal yang mana hanya jurutera profesional yang bertauliah sahaja yang boleh namanya berpangkal Ir.

Semasa penulis menulis coretan ini, ada empat kaedah untuk dapatkan Ir iaitu:

  1. PI (Professional Interview) (Menjadi Corporate Member IEM dan kemudiannya dinaikkan taraf sebagai Jurutera Profesional dengan Lembaga Jurutera Malaysia)
  2. PAE (Professional Assessment Examination) (Terus mohon untuk dapatkan kelulusan dari Lembaga Jurutera Malaysia di mana Lembaga Jurutera Malaysia akan serahkan pada IEM untuk jalankan urusan temuduga)
  3. Chartered Engineer dari luar negara masuk atau balik ke Malaysia dan terus mohon untuk dapatkan status jurutera profesional dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
  4. APAC engineer di mana jurutera dari luar negara memohon untuk menjadi Corporate Member dengan IEM dan seterusnya layak untuk mohon sebagai Jurutera Profesional dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

Bermula tahun lepas 2016, sudah ada penggubalan akta di mana diwujudkan jurutera profesional dengan sijil amalan yang mana untuk lulus dengan sijil amalan, pemohon diinginkan untuk menduduki peperiksaan tahap 2 (PCE exam). Setakat ini baru ada sekali sahaja ujian yang mana ujian tersebut masih dalam proses penilaian.

 

Hakcipta terpelihara 2017 Ir Sukhairul Nizam

 

2 thoughts on “Perjalanan untuk mendapatkan kelayakkan sebagai Jurutera Profesional “Ir @ MIEM/PE” di Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *