Menulis resume mengikut format yang sesuai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Resume adalah amat penting untuk sesiapa yang ingin memohon pekerjaan. Berikut adalah contoh perkongsian dari seorang tenaga pengajar yang beliau ingin kongsikan pada ramai orang agar memberi manafaat.

1. Sebelum anda membuat resume, pastikan anda membuat kronologi aktiviti dan achievements.

 

2. Bagi lepasan pelajar yang pernah bekerja secara sambilan, anda perlu nyatakan bidang tugas serta apakah yang anda pelajari dari pekerjaan tersebut. Jangan hanya menyatakan anda bekerja namun terangkan tanggunjawab anda, apakah elemen yang anda pelajari seperi sikap tanggungjawab, punctuality, mungkin belajar buat pelan kerja dan sebagainya.

 

Pihak majikan bukan hendak tahu di mana anda bekerja tetapi apakah pembelajaran dari hasil kerja tersebut.  Sekalipun anda buat intership atau latihan praktikal, nyatakan dengan jelas tugas, kejayaan, apa yang anda pelajari dan bagaimana pengalaman tersebut boleh bantu anda untuk menbantu syarikat yang bakal anda mohon

 

3. Sekiranya anda belum pernah kerja, anda perlu nyatakan pengalaman anda di dalam aktiviti di kolej atau universiti seperti item No 2 di atas.

 

Usah hanya memberikan kelab atau jawatan anda.

 

Apa yang penting ialah tanggungjawab anda serta apa yang anda pelajari hasil pengalaman tersebut.

 

4. Selepas anda buat Kronologi cerita barulah anda masukka. dalam resume

 

5. Buat cover letter untuk ceritakan sinopsis resume anda

 

6. Jika anda ada gambar atau penulisan penting atau sijil sijil penting, masukkan dalam profil diri.

 7. Satu lagi Tips, usah pakai nama email yang Fancy macam Girl17, HandsomeMan, Budakkolej, KLgirl, Johorboy, sila pakai nama rasmi dan menunjukkan lebih formal. Ini sekadar contoh. Nama nama ini untuk email peribadi OK tapi tidak sesuai untuk memohon pekerjaan.

Sekian dan semoga Allah memberkati usaha anda.

 Klik—-> https://irsukhairul.com/blog/wp-content/uploads/2020/06/Cover-Letter-Mohd.-Azad-bin-Jasmi-2018-1.pdf

Klik—->https://irsukhairul.com/blog/wp-content/uploads/2020/06/Resume-Mohd.-Azad-bin-Jasmi-2018-With-Photo-and-Referees.-1.pdf

Klik—> https://irsukhairul.com/blog/wp-content/uploads/2020/06/Profile-Azad-Jasmi-Some-Paper-Cuttings-and-Articles-1.pdf

Klik gambar ini untuk memperbaharui Takaful dan Cukai Jalan kenderaan anda atau kenderaan syarikat anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *