Iklankan percuma di sini

Ramai peniaga tak tahu, mereka boleh gunakan iklan percuma untuk promosikan bisnes mereka. Contohnya, anda boleh gunakan Mudah.my, Lelong.my dan mana-mana website yang menawarkan produk pengiklanan percuma.

Apabila anda iklankan bisnes anda menggunakan iklan percuma di internet, pelanggan akan berhubung secara terus dengan anda. Seperti anda iklankan bilik kosong di iBilik. Anda kena letakkan gambar produk, maklumat produk termasuk maklumat diri anda untuk memudahkan pelanggan menghubungi anda. Bila anda dah iklankan bilik tersebut, bakal penyewa akan hubungi anda untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bilik kosong tersebut.

Kami akan kongsikan dengan anda, antara website yang anda boleh iklankan produk anda secara percuma.

1. Mudah.my

Ini merupakan antara website yang paling popular dalam kalangan kita. Biasanya, orang akan pergi ke website ini untuk cari bilik atau rumah untuk disewa, nak beli gajet dengan harga yang murah dan sebagainya.

Bagi peniaga, anda boleh iklankan produk anda di Mudah.my kerana mereka menawarkan pengiklanan percuma untuk produk anda. Lagi pula, ia sudah pun dikelaskan mengikut kategori masing-masing seperti kereta, perabot, hobi, peralatan elektronik dan banyak lagi. Pembeli pula dapat mencari barang-barang dan servis yang mereka perlukan dengan mudah.

2. iBilik

Ia merupakan portal pengiklanan bilik terbesar di Malaysia. Ia sangat sesuai dengan peniaga yang telibat dalam bidang hartanah. Ia khas untuk peniaga yang ingin menyewakan unit kediaman mereka atau untuk sewakan bilik kepada bakal pelanggan yang memerlukan.

3. Lelong.my

Lelong.my memberi peluang kepada peniaga untuk mengiklankan produk mereka di website tersebut. Anda juga boleh membuat jualan lelong bermula dengan harga RM1. Di Lelong.my, ia menyediakan platform e-commerce yang lengkap untuk kemudahan para pembeli. Pelanggan juga disediakan dengan pelbagai produk dan perkhidmatan dari lebih daripada 10,000 penjual.

4. 11st (11 Street)

Anda juga boleh promosikan produk secara percuma di 11 st. Ia merupakan portal shopping online terbaru yang menghubungkan pelanggan dengan pelbagai produk berkualiti pada harga yang kompetitif, dalam persekitaran yang boleh dipercayai dan selamat untuk pembeli dan penjual. Ia adalah usaha sama antara dua nama yang ditubuhkan iaitu Celcom Axiata Bhd dan SK Planet Ltd. Celcom Axiata adalah kumpulan telekomunikasi mudah alih yang paling berpengalaman manakala, SK Planet memiliki kedai online yang terbesar di Korea Selatan.

5. Lazada.com

Pasaran Lazada sangat luas kerana ia meliputi negara seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Jadi, pelanggan anda bukan sahaja dari Malaysia, malah pelanggan dari luar negara juga akan kenal dengan produk anda. Sama seperti Lelong.my, Lazada juga menyediakan tempat untuk anda menjual dan membeli. Setiap barang yang dibeli akan dibayar dengan online payment dan barang akan sampai kepada pelanggan seperti mana tempoh yang telah ditetapkan.

6. Group di Facebook

Anda juga boleh gunakan Facebook untuk iklankan produk anda. Anda boleh iklankan melalui group-group Facebook yang anda join. Anda juga boleh ‘invite’ rakan-rakan media sosial anda untuk turut serta join kumpulan perniagaan online ini.

7. Majalah.com

Majalah.com juga merupakan antara website yang menyediakan platform pengiklanan percuma untuk para peniaga di Malaysia. Pasarannya juga meliputi seluruh Malaysia. Anda boleh iklankan produk kesihatan, servis, perabot, aksesori, perhotelan, pencarian pekerja dan sebagainya.

8. Iklankosmo.com

Anda juga boleh iklankan produk anda di Iklankosmos.com. Ia menyediakan anda laman iklan percuma untuk mempromosikan produk jualan anda. Untuk pendaftaran, anda hanya perlu layari website iklankosmo.com dan patuhi terma dan syarat yang ditetapkan.

9. Iklan101.com

Dengan tagline ‘Ultimate Advertising Solution’, Iklan101 menawarkan tempat untuk para peniaga mengiklankan perniagaan mereka. Ia hanya khas untuk warganegara Malaysia sahaja. Konsep yang digunakan hampir sama dengan Mudah.my, di mana pelanggan boleh membeli secara terus daripada peniaga.

10. Bazariaonline.com

Di Bazariaonline.com juga, anda boleh iklankan produk anda tanpa dikenakan bayaran. Anda hanya perlu ‘sign in’ untuk mendaftar akaun dan ‘log in’ untuk memuat naik produk anda di laman web tersebut.

Yang menariknya mengenai website ni, anda boleh masukkan link media sosial anda untuk pelanggan buat rujukan. Jadi, anda bukan sahaja dapat buat promosi di Bazariaonline.com, malah dapat perkenalkan pelanggan dengan perniagaan melalui link yang disediakan.

Sekarang, anda dah boleh cuba untuk menjenguk website yang kami kongsikan untuk memasarkan produk anda secara percuma, tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. 

Rujukan dari nukilan azizanosman.com

firstname:
email:
Mobile:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *