Assalamualaikum
Bidang kejuruteraan memerlukan kos berpatutan untuk mendapatkan ijazah di universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Mengikut kajian tahun 2017 yang dibuat oleh Jobstreeet.com (syarikat agensi pekerjaan nombor satu di Malaysia), berikut adalah tangga gaji graduan kursus kejuruteraan mekanikal.
Untuk lepasan universiti purata gaji di tiga kawasan Semenanjung Malaysia (utara, tengah dan selatan):
Bidang industri | Gaji purata minima | Gaji purata maksima |
Automotif | RM1658 | RM2439 |
Bangunan/ Kejuruteraan | RM1990 | RM3136 |
Industri berat/Mesen/Peralatan | RM1885 | RM2975 |
Oil/gas/petroleum | RM2380 | RM3390 |
Kesihatan/Medical | RM1888 | RM2514 |
Telekomunikasi | RM1938 | RM2843 |
Kilang/Pengeluaran | RM1965 | RM2846 |
Polimer/Getah/Plastik/Tayar | RM2021 | RM2829 |
Perundingan (IT, Sains, Kejuruteraan & Teknikal | RM2021 | RM3040 |
Berdasarkan kepada taburan gaji purata minima dan maksima di atas, didapati bidang industri oil/gas/petroleum menjanjikan pendapatan yang tinggi bagi lepasan universiti yang baru hendak bekerja berbanding dengan industri lain. Didapati juga gaji untuk industri automotif memberikan gaji yang kecil berbanding dengan industri lain. Diharap industri ini mendapat perhatian yang setimpal dari semua peringkat agar industri automotif tidak berkubur di negara Malaysia.
Hakcipta terpelihara 2017 Ir Sukhairul Nizam