PROGRAM PENILAIAN GRADUAN BEM (BEM-GAP)
Tahukah anda bahawa Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) telah memperkenalkan program pembelajaran lanjut yang dipanggil Program Penilaian Graduan BEM (BEM-GAP)?
Program ini berfungsi sebagai laluan bagi mereka yang mempunyai ijazah kejuruteraan yang tidak diiktiraf untuk memenuhi keperluan akademik bagi pendaftaran sebagai Jurutera Graduan (GE), untuk menukar cabang pendaftaran mereka, dan untuk menukar dari Teknologis Kejuruteraan (ET) kepada Jurutera Graduan (GE).
BEM telah memutuskan untuk melaksanakan BEM-GAP sebagai program perintis di universiti-universiti berikut berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023:
(i) Universiti Kebangsaan Malaysia (Kejuruteraan awam)
(ii) Universiti Malaya (Kejuruteraan kimia)
(iii) Universiti Tenaga Nasional (Kejuruteraan elektrik)
(iv) Universiti Teknologi Malaysia (Kejuruteraan mekanikal)