Sumbangan kejuruteraan automotif tempatan pada kemajuan negara Malaysia

Proton Holdings Berhad (Proton) merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi negara melalui pembayaran cukai sebanyak RM25 bilion sejak ditubuhkan pada tahun 1985.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menjangkakan Proton akan dapat menyumbang lebih banyak pada masa hadapan, sekali gus memacu industri automotif tempatan untuk terus berkembang.

“Sebagai Menteri Kewangan, saya sangat teruja kerana Proton juga merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada hasil negara dengan pembayaran cukai sebanyak RM25 bilion.

“Justeru, saya mengharapkan lebih banyak pembayaran dapat dibuat dalam beberapa tahun akan datang,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Proton X90 dan sambutan Ulang Tahun ke-40 Proton di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Proton kini perlu memberi tumpuan kepada latihan berkualiti dalam bidang teknologi baharu.

“Sebelum ini, saya berpeluang berbincang lebih awal dengan Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li Shufu.

“Saya berterima kasih kepadanya kerana beliau menyatakan kesediaan Geely untuk menyokong program latihan bagi rakyat Malaysia di Proton dalam usaha meningkatkan kemahiran mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, jenama kereta pertama negara ini bukan sekadar kilang pengeluar kereta, ia lebih daripada itu.

“Dari segi sumbangan kepada negara, purata sebanyak RM625 juta setahun telah dibayar kepada kerajaan sepanjang lebih 40 tahun Proton beroperasi sejak ditubuhkan pada tahun 1983.

“Oleh itu, Proton bukan sahaja mengenai pengeluaran kereta, tetapi juga membangunkan keupayaan kejuruteraan negara. Pada masa ini, kita mempunyai lebih 60 jurutera Proton yang berpusat di pusat penyelidikan Geely di Ningbo, China.

“Mereka bertanggungjawab terhadap pembuatan kenderaan tenaga baharu Proton untuk masa depan,” jelas beliau.

Rujukkan: https://www.kosmo.com.my/2023/05/07/proton-antara-penyumbang-terbesar-ekonomi-negara/#:~:text=KUALA%20LUMPUR%20%E2%80%93%20Proton%20Holdings%20Berhad,ia%20ditubuhkan%20pada%20tahun%201985.

Klik gambar ini untuk penerangan tentang sumbangan jurutera dalam pembangunan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *