Anda rasa susah atau malas untuk menulis walaupun ada banyak idea? Sejak tahun lepas, ramai sudah bercakap-cakap mengenai ChatGPT. Dengan kehadiran ChatGPT ini sebenarnya memberikan khabar yang baik bagi semua penulis.
Apa benda ChatGPT ini? Apa yang ia boleh bantu untuk jadikan hidup kita lebih baik?
ChatGPT adalah teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) yang digunakan untuk menghasilkan teks atau bahasa natural seperti yang kita gunakan dalam perbualan harian. Bila kita tanya soalan macam kita bersembang atau membawang dan ia akan respons dalam bahasa yang kita gunakan juga.
Tapi bagaimana ChatGPT boleh bercakap?
Ia sebenarnya bukan seperti robot biasa yang bergerak atau mempunyai bentuk seperti manusia. ChatGPT diprogram supaya memahami apa yang kita tanya dalam bentuk teks dan kemudian ia akan memberikan jawapan atau maklumat yang kita perlukan. Contohnya jika kita mengalami masalah mencari idea untuk menulis topik kejuruteraan, kita juga boleh meminta bantuan ChatGPT untuk memberikan beberapa idea yang menarik.
Ia akan memberikan beberapa pilihan idea topik atau bab yang dapat membantu penulis mengembangkan kembali penulisan mereka.
Selain itu, ChatGPT juga boleh membantu dalam penulisan dialog. Kadang-kadang penulis menghadapi kesulitan untuk menulis dialog yang rasa natural, tak dibuat-buat.
Dalam situasi seperti ini, ChatGPT boleh membantu dengan memberikan cadangan untuk dialog yang lebih baik dan memperbaik ayat yang kurang tepat.
Apa yang ChatGPT boleh bantu?
i) Menghasilkan idea-idea baru untuk penulisan.
ii)Meningkatkan kredibiliti penulisan kita dengan menganalisis dan belajar dari teks yang dihasilkan ChatGPT.
dan banyak lagilah.
Tulisan di atas adalah bukan dari ChatGPT; Tulisan saya.