Berminat untuk jadi Ir tapi tak tahu bagaimana nak dapat?…….. Apa kata, jom baca ini…saya ada solusi

Perjalanan Menjadi Seorang Ir: Dari Impian ke Realiti

Khairul sejak kecil sudah menunjukkan minat mendalam terhadap sains dan teknologi. Dia sering membaiki barang-barang elektrik di rumahnya dan mencipta alat-alat kecil yang memudahkan hidup keluarganya. Penjaganya menyedari bakat Khairul dan selalu memberi sokongan penuh terhadap minatnya.

Langkah Pertama: Pendidikan yang Kukuh

Setelah menamatkan SPM dengan cemerlang, Khairul memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan aeronautikal di universiti tempatan yang terkenal. Di sini, dia belajar segala asas kejuruteraan dan memperdalam pengetahuannya melalui projek-projek praktikal.

Mendalami Bidang: Pengalaman Kerja

Selepas menamatkan pengajian, Khairul berkerja dengan sebuah syarikat kejuruteraan besar. Di sini, dia menimba pengalaman bekerja dalam projek-projek besar, dari merancang hingga melaksanakan sistem kejuruteraan kompleks. Dia belajar bekerja dalam pasukan, berkomunikasi dengan pelanggan, dan menyelesaikan masalah yang timbul di lapangan.

Langkah ke Arah Ir: Mendapatkan Pengiktirafan Profesional

Khairul sedar bahawa untuk menjadi seorang Ir, dia perlu mendapatkan pengiktirafan profesional. Dia mula mencari maklumat tentang proses mendapatkan gelaran Ir dari Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Langkah-langkah utama yang dia kenal pasti adalah:

  1. Mendapatkan Pengalaman Kerja: Sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman kerja selepas graduasi dalam bidang kejuruteraan.
  2. Menghantar Permohonan: Mengisi borang permohonan yang boleh didapati di laman web IEM.
  3. Menghadiri Temuduga: Menghadiri temuduga oleh panel yang dilantik oleh BEM/IEM untuk menilai kelayakan dan pengalaman kerjanya.
  4. Lulus Peperiksaan Profesional: Menduduki dan lulus peperiksaan profesional yang diadakan oleh IEM lalu mendapat MIEM dan seterusnya terus mendaftar di BEM sebagai Ir.

Tetapi disebabkan syarikat Khairul tidak mempunyai Ir yang boleh menjadi penyelia Khairul lalu Khairul mendapat maklumat yang IEM ada menyediakan Engineering Competency Development (ECD) program lalu dengan cepat Khairul menghubungi seorang mentor di IEM untuk berdaftar sebagai mentee dalam program ECD ini. Lalu, Khairul mengisi borang pendaftaran ECD seperti di bawah.

Khairul pun terus mengisi borang dan terus menghantar borang di HQ IEM Petaling Jaya. Hari itu juga, Khairul mendapat respon dari IEM seperti di bawah.

Gambar di bawah: Sesi coaching Ir Sukhairul Nizam bersama mentee beliau untuk ECD program. (Tarikh 13hb Julai 2024 - sesi pertama untuk 3 tahun)

Berminat boleh hubungi dengan tekan link iniĀ https://wa.link/sxp5a6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *