Perjalanan untuk mendapatkan kelayakkan sebagai Jurutera Profesional “Ir @ MIEM/PE” di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai di kalangan rakyat Malaysia masih tidak tahu yang kerjaya sebagai jurutera amatlah penting dalam pembangunan sesebuah negara. Jurutera boleh didapati badan kerajaan dan swasta yang tugas mereka adalah meliputi dari rekabentuk, operasi, kualiti, penyelenggaraan dan seterusnya ke bahagian pengurusan peringkat pertengahan dan atasan. Untuk membezakan antara jurutera yang berkelayakkan dalam satu-satu bidang maka diwujudkan jurutera profesional atau dikenali sebagai Ir untuk setiap bidang seperti mekanikal, civil, structure, chemical, elektrikal dan lain-lain. Untuk layak mendapat gelaran tersebut, Lembaga Jurutera Malaysia sebagai badan berkanun yang menggariskan polisi-polisi yang perlu untuk lulus sebagai jurutera profesional.

Di bawah Akta Pendaftaran Jurutera, Lembaga Jurutera Malaysia ditugaskan untuk menguruskan perlaksanaan akta melibatkan kejuruteraan di Malaysia. Mengikut akta tersebut, hanya jurutera lepasan universiti dan jurutera profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia dibenarkan untuk menjalankan kerja melibatkan kejuruteraan di Malaysia. Semua jurutera mestilah berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia dalam tempoh enam bulan selepas melibatkan diri dalam tugas kejuruteraan.

Pada mulanya tahun 1970an, semua graduasi universiti yang terus berkecimpung sebagai jurutera pangkal namanya diberi oleh The Institution of Engineers Malaysia (IEM) sebagai Ir atau Ingeneur. Pada tahun 1987, Akta Jurutera 1967 telah digubal yang mana hanya jurutera profesional yang bertauliah sahaja yang boleh namanya berpangkal Ir.

Semasa penulis menulis coretan ini, ada empat kaedah untuk dapatkan Ir iaitu:

  1. PI (Professional Interview) (Menjadi Corporate Member IEM dan kemudiannya dinaikkan taraf sebagai Jurutera Profesional dengan Lembaga Jurutera Malaysia)
  2. PAE (Professional Assessment Examination) (Terus mohon untuk dapatkan kelulusan dari Lembaga Jurutera Malaysia di mana Lembaga Jurutera Malaysia akan serahkan pada IEM untuk jalankan urusan temuduga)
  3. Chartered Engineer dari luar negara masuk atau balik ke Malaysia dan terus mohon untuk dapatkan status jurutera profesional dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
  4. APAC engineer di mana jurutera dari luar negara memohon untuk menjadi Corporate Member dengan IEM dan seterusnya layak untuk mohon sebagai Jurutera Profesional dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

Bermula tahun lepas 2016, sudah ada penggubalan akta di mana diwujudkan jurutera profesional dengan sijil amalan yang mana untuk lulus dengan sijil amalan, pemohon diinginkan untuk menduduki peperiksaan tahap 2 (PCE exam). Setakat ini baru ada sekali sahaja ujian yang mana ujian tersebut masih dalam proses penilaian.

 

Hakcipta terpelihara 2017 Ir Sukhairul Nizam

 

Gaji untuk lepasan Universiti dalam bidang kejuruteraan mengikut kajian yang dibuat untuk tahun 2017

Assalamualaikum

Bidang kejuruteraan memerlukan kos berpatutan untuk mendapatkan ijazah di universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Mengikut kajian tahun 2017 yang dibuat oleh Jobstreeet.com (syarikat agensi pekerjaan nombor satu di Malaysia), berikut adalah tangga gaji graduan kursus kejuruteraan mekanikal.

Untuk lepasan universiti purata gaji di tiga kawasan Semenanjung Malaysia (utara, tengah dan selatan):

Bidang industri Gaji purata minima Gaji purata maksima
Automotif RM1658 RM2439
Bangunan/ Kejuruteraan RM1990 RM3136
Industri berat/Mesen/Peralatan RM1885 RM2975
Oil/gas/petroleum RM2380 RM3390
Kesihatan/Medical RM1888 RM2514
Telekomunikasi RM1938 RM2843
Kilang/Pengeluaran RM1965 RM2846
Polimer/Getah/Plastik/Tayar RM2021 RM2829
Perundingan (IT, Sains, Kejuruteraan & Teknikal RM2021 RM3040

Berdasarkan kepada taburan gaji purata minima dan maksima di atas, didapati bidang industri oil/gas/petroleum menjanjikan pendapatan yang tinggi bagi lepasan universiti yang baru hendak bekerja berbanding dengan industri lain. Didapati juga gaji untuk industri automotif memberikan gaji yang kecil berbanding dengan industri lain. Diharap industri ini mendapat perhatian yang setimpal dari semua peringkat agar industri automotif tidak berkubur di negara Malaysia.

Hakcipta terpelihara 2017 Ir Sukhairul Nizam

 

 

Hendak jadi jurutera kena bermula dari tingkatan 4 aliran sains

Assalamualaikum….. Hendak jadi jurutera tapi tidak tahu di sekolah hala tuju bagaimana? Ianya sama juga hendak jadi doktor perubatan pun kena dalam aliran sains kerana dalam tingkatan 4 serta 5 akan diajar matapelajaran kimia, biologi, fizik dan matematik tambahan.

Di tingkatan 3 saat paling penting di mana ujian PT3 anda kena pastikan keputusan adalah seperti berikut. Ini contoh diambil pada tahun 2016 di mana PT3 berlaku pada tahun 2015. Syarat ini anda kena periksa di mana anak anda bersekolah kerana bergantung pada budibicara pihak KPM.

Syarat untuk memasuki aliran sains tingkatan 4 tahun 2016:

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik

Gabungan keputusan A/B, B/B, C/C di dalam mata pelajaran Sains dan Matematik

Mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam pentaksiran.

Kes khas

Mendapat gabungan keputusan A/D, B/D, C/D dalam Matematik dan Sains serta berminat hendak jadi pelajar aliran sains.

Murid yang mendapat gred E tidak digalakkan.

Sila kongsikan pada yang berkenaan…

Hakcipta terpelihara 2017 Ir Sukhairul Nizam

 

 

 

Daftar Sebagai Jurutera di Lembaga Jurutera Malaysia

Hakcipta terpelihara 2017 Ir Sukhairul Nizam

Lembaga Jurutera Malaysia adalah badan yang memastikan setiap jurutera yang berkhidmat di Malaysia berdaftar sebelum mereka boleh bekerja di Malaysia di dalam bidang kejuruteraan.

Peraturan untuk mendapatkan lesen sebagai jurutera profesional berbeza dari satu negara ke negara yang lain cuma bermula tahun 2016, telah berubah akta kejuruteraan di mana ada tambahan jurutera professional dengan sijil amalan yang membezakan dengan jurutera profesional tanpa sijil amalan.

Jurutera yang baru keluar dari universiti disarankan untuk berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia. Dapatkan jurutera profesional yang bertaraf Ir untuk mereka chop sijil kelulusan universiti anda.

Lembaga Jurutera Malaysia bersama Ir Sukhairul Nizam

membantu anda menjadi jurutera profesional yang diiktiraf di Malaysia.

 

Lembaga Jurutera Malaysia dan Ir Sukhairul Nizam dapat membantu anda dalam memastikan anda mendapat lesen Ir atau jurutera profesional anda. Klik Ir Sukhairul Nizam untuk link dengan Facebook.

Lembaga Jurutera Malaysia