Apakah perisian komputer yang diperlukan sebagai jurutera kualiti?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya hendak kongsikan perisian komputer yang bagus untuk project management.

  1. SmarDraw 2017 – berbagai applikasi terbaik termasuklah hendak buat lukisan AutoCad dan alat pemasaran lain

2. Minitab 17

 

Sebagai jurutera, anda kenalah tahu perisian-perisian terkini. Dahulu masa tiada komputer, manusia menggunakan kiraan secara manual yang agak leceh atau rumit.

ANDA BERMINAT UNTUK MENGHADIRI KELAS “6 SIGMA BLACK BELT” DARI JURUTERA PROFESIONAL?

Layari website klik alamat ini iaitu  http://irsukhairul.com/ untuk biodata coach dan boleh hubungi melalui whatsapp

 Kalau whatsapp ni nombor saya, 012-2515093 atau klik pautan ini sekarang http://www.wasap.my/60122515093. Kelas boleh diaturkan di tempat anda ataupun coach sendiri yang akan menyediakan tempat latihan.

Bagaimanakah untuk menjadi kaya sebagai jurutera

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini saya ada memberi ceramah kerjaya di sebuah sekolah terbaik di daerah Klang. Dalam sesi ceramah tersebut ada seramai 350 orang pelajar dari tingkatan tiga, empat dan lima. Ceramah kerjaya masa itu berkisar kepada kerjaya sebagai jurutera. Semasa permulaan saya memberikan ceramah saya membuat satu pertanyaan kepada mereka siapa yang ingin menjadi jurutera? Hanya ada tiga pelajar yang mengangkat tangan dan yang lain bila saya tanya mereka hendak berkerja selain dari bidang kejuruteraan seperti peguam, akauntan, doktor, cikgu dan lain-lain. Bukan sekolah ini sahaja malah sekolah lain bila saya tanya menunjukkan kekurangan minat para pelajar sekolah menengah terhadap profesion kejuruteraan. Kenapakah begitu? Adakah faktor gaji menyebabkan mereka tidak berminat untuk menjadi jurutera? Difikiran mereka terserlah jutawan-jutawan masa kini menjadi kaya raya dengan mudah tanpa memiliki ijazah kejuruteraan yang pada mereka sukar untuk diambil berbanding dengan kursus-kursus lain seperti perniagaan, pengurusan, akauntan, peguam dan lain-lain.Tetapi ada juga jurutera yang berjaya jadi kaya dengan profesion kejuruteraan.

Saya baru ini ada terbaca tentang bagaimana seorang jurutera di negara barat yang berpengalaman serta matang mempunyai sebuah syarikat kecil. Dia amat berhati-hati dengan perubahan yang berlaku di sekeliling beliau dengan dasar kerajaan yang kadang-kadang berubah. Dalam beberapa tahun, beberapa projek mega telah diberikan di kawasan beliau tinggal dan beliau telah memenangi salah satu daripada projek kerajaan yang melibatkan kejuruteraan. Dengan berbekalkan satu projek yang beliau ada, maka sekarang senanglah beliau untuk mendapatkan projek-projek yang lain dengan mudah. Tiba-tiba dia mempunyai 300 orang pekerja di bawah beliau. Bila syarikat tersebut meningkat naik lalu dijualnya syarikat terbabit. Bila syarikat tersebut mengalami penurunan beliau membelinya semula sehinggalah syarikat terbabit naik dan stabil kembali. Beliau seterusnya bergabung dengan syarikat lain dan akhirnya beliau bersara. Ini adalah satu contoh bagaimana jurutera boleh juga kaya dan berjaya.

Di Malaysia, banyak peluang-peluang yang membolehkan jurutera kaya raya. Sebagaimana contoh di atas, dasar kerajaan hendaklah kita perihatin dan perhalusi untuk mendapatkan peluang yang terbuka sama rata.  Bidang pendidikan misalannya memberikan peluang untuk jurutera yang terbabit dalam bidang pendidikan meyakinkan kembali orang awam bahawa profesion kejuruteraan amat penting untuk bawa negara maju. Sebagai contoh mengadakan sistem bantuan telus lagi lurus kepada orang awam akan peranan jurutera dalam mengawalselia manusia, mesin, kaedah dan bahan  secara efisen. Di sini peluang yang besar sebagai jurutera dalam pembangunan sumber manusia, mesin atau peralatan melibatkan kejuruteraan, kaedah proses yang diperlukan untuk capai tahap kualiti yang diinginkan dan bahan-bahan yang perlu untuk melahirkan produk atau servis bermutu tinggi.

ANDA BERMINAT UNTUK MENGHADIRI KELAS “KAEDAH PEMASARAN KEJURUTERAAN ERA DIGITAL” DARI JURUTERA PROFESIONAL?

Layari website klik alamat ini iaitu  http://irsukhairul.com/ untuk biodata coach dan boleh hubungi melalui whatsapp

 Kalau whatsapp ni nombor saya, 012-2515093 atau klik pautan ini sekarang http://www.wasap.my/60122515093. Kelas boleh diaturkan di tempat anda ataupun coach sendiri yang akan menyediakan tempat latihan.

 

Hakcipta terpelihara 2017 Ir Sukhairul Nizam

 

Kereta mampu milik rakyat Malaysia – Perodua Axia, Bezza dan Proton Saga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kebiasaannya apabila seorang lepasan kolej ataupun universiti tamat belajar dan mula bekerja dengan syarikat awam atau swasta, langkah awal mereka lakukan adalah untuk memiliki kenderaan yang mampu dibayar setiap bulan. Tidak disangkal sekiranya ibu atau bapa mereka berkemampuan mungkin boleh membelikan kereta untuk anak mereka secara tunai ataupun menjadi penjamin bank.

Apakah kereta baru yang rata-rata lepasan kolej atau universiti mampu untuk bayar bulan-bulan? Berdasarkan pengalaman saya serta pemerhatian saya sewaktu bekerja sebagai jurujual kereta adalah kereta jenama Perodua Axia, Bezza dan juga Proton Saga. Walau bagaimanapun ada yang membeli kereta selain yang disebut itu bergantung kepada gaji bersih mereka. Ketiga jenama tadi dipilih mereka adalah disebabkan harga atas jalan adalah minima, jimat penggunaan bahan api dan saiz yang mudah dibawa.

  1. Perodua Axia Std G 1000cc (Auto)

     2. Perodua Bezza 1000cc atau 1300cc AT

   3. Proton Saga 1.3 CVT

Berdasarkan tiga kenderaan jenama di atas, anda rasa mana yang mampu milik untuk keseluruhan rakyat Malaysia?

ANDA BERMINAT UNTUK MENGHADIRI KELAS “PRODUCT KNOWLEDGE” DARI COACH AUTOMOTIF?

Layari website klik alamat ini iaitu  http://irsukhairul.com/ untuk biodata coach dan boleh hubungi melalui whatsapp

 Kalau whatsapp ni nombor saya, 012-2515093 atau klik pautan ini sekarang http://www.wasap.my/60122515093. Kelas boleh diaturkan di tempat anda ataupun coach sendiri yang akan menyediakan tempat latihan.

Proton Perdana dan Camry Hybrid pilihan pihak pengurusan untuk syarikat dan organisasi awam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pasti anda adalah seorang yang hebat dalam syarikat atau organisasi anda dan pastinya anda inginkan kereta yang hebat tapi mampu milik dan jimat pakai serta “power”. Saya cadangkan anda ambil sama ada Toyota Camry Hybrid terbaru ataupun Proton Perdana terbaru. Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak tentang dua model tersebut.

Kenapa anda perlu ambil Toyota Camry Hybrid sekarang? Yang anda mesti tahu bahawa kerajaan Malaysia sekarang menawarkan subsidi hibrid kepada UMW Toyota. Harga Camry Hybrid sekarang adalah RM176,521 yang mana sepatutnya tanpa subsidi dari kerajaan harganya mencecah RM250,000 (beza lebih kurang RM73,479). Banyakkan perbezaan harga tanpa subsidi terbabit? Untuk makluman semua subsidi ini mungkin ditarik balik dan saya cadangkan anda ambil kira untuk miliki Camry Hybrid ini untuk sokong aspirasi kerajaan di mana kerajaan ingin menggalakkan teknologi terkini ini dijalankan di Malaysia.

Untuk yang memiliki budget rendah pula, saya mencadangkan anda memilih Proton Perdana baru kerana ianya adalah Honda Accord yang diubahsuai menjadi jenama Proton. Ianya lebih murah dari Camry Hybrid tetapi ianya nampak gagah dan ciri-ciri korporat yang tersendiri. Untuk maklumat lanjut tentang perbezaan antara Camry Hybrid dan Proton Perdana, anda bolehlah hubungi saya atau berikan komen di bawah. Di sini saya sertakan gambar dan sedikit info berkenaan model tersebut untuk tarik minat anda.

  1. Toyota Camry Hybrid 2.5 Luxury AT

2. Proton Perdana 2.4 L

Tahukah anda di antara kedua jenama di atas yang mana satu jimat minyak? Adakah ianya selesa dipandu atau dinaiki sekiranya anda adalah penumpang atau big boss? Berbaloikah memiliki kereta di atas? Sila beri komen untuk sebarang pertanyaan atau cadangan anda.

ANDA BERMINAT UNTUK MENGHADIRI KELAS “PRODUCT KNOWLEDGE” DARI COACH AUTOMOTIF?

Layari website klik alamat ini iaitu  http://irsukhairul.com/ untuk biodata coach dan boleh hubungi melalui whatsapp

 Kalau whatsapp ni nombor saya, 012-2515093 atau klik pautan ini sekarang http://www.wasap.my/60122515093. Kelas boleh diaturkan di tempat anda ataupun coach sendiri yang akan menyediakan tempat latihan.

Kenderaan perbagai guna atau MPV (multi purpose vehicle) mampu milik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari raya akan menjelang tiba. Selalunya dua bulan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri ataupun perayaan raya untuk bangsa lain, pastinya pelanggan akan merancang untuk membeli kenderaan baru ataupun terpakai. Kali ini saya memilih tiga jenama iaitu Toyota Avanza, Perodua Alza dan Proton Ertiga.

Kenapa pelanggan ingin memiliki MPV? Jawapan yang logik adalah kerana untuk memudahkan mereka membawa penumpang yang ramai berbanding dengan kereta sedan terutamanya untuk pulang ke kampung ataupun bercuti di luar kawasan tempat tinggal. MPV selesa untuk dinaiki oleh keluarga yang ramai serta dapat membawa muatan yang lebih. Ciri keselesaan ruang duduk penumpang, ketinggian kereta dan kelebaran kereta MPV amatlah penting. Tambahan, enjin yang berkuasa untuk membawa penumpang dan muatan terutamanya untuk mendaki bukit seperti Genting Highland, Cameron Highland dan sebagainya. Ada juga pelanggan yang inginkan kereta MPV yang jimat minyak. Mari kita sama-sama lihat kereta MPV mana yang bakal menjadi pilihan pelanggan masa kini. Saksikan gambar ketiga-tiga model tersebut dan cuba fikirkan model mana satu yang anda dan orang lain bakal pilih. Cuba berikan komen di bawah.

  1. Toyota Avanza

2. Perodua Alza

 3. Proton Ertiga

 

ANDA BERMINAT UNTUK MENGHADIRI KELAS “PRODUCT KNOWLEDGE” DARI COACH AUTOMOTIF?

Layari website klik alamat ini iaitu  http://irsukhairul.com/ untuk biodata coach dan boleh hubungi melalui whatsapp

 Kalau whatsapp ni nombor saya, 012-2515093 atau klik pautan ini sekarang http://www.wasap.my/60122515093. Kelas boleh diaturkan di tempat anda ataupun coach sendiri yang akan menyediakan tempat latihan.

Adakah penjimatan minyak yang pelanggan utamakan bila membeli kereta?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam ini saya terdetik untuk menulis tentang penjimatan minyak. Saya terfikir kalau sekarang ada perkhidmatan Uber yang murah dan memudahkan, perlukah kita memiliki kereta sendiri? Adakah jimat untuk memiliki kereta sendiri dari menggunakan pengangkutan awam tersebut? Hari raya akan tiba dan sudah pasti saat-saat begini ramai pelanggan sudah memikirkan untuk memiliki kenderaan baru. Jenama mana satu yang mereka ingin pilih? Adakah Toyota Vios, Honda City ataupun Proton Persona? Kali ini saya ingin membandingkan tiga buah kenderaan yang berjenama tersebut.

Toyota Vios terkini

 

Honda City terkini

Proton Persona terkini

Di antara ketiga-tiga kereta di atas, anda rasa kereta manakah yang lebih jimat minyak? Kita boleh ketahui sama ada kereta tersebut jimat minyak atau tidak dengan melihat data penggunaan bahan api yang disertakan dalam risalah produk.

Untuk model Toyota Vios (1496cc) terkini, penggunaan bahan apinya adalah sebanyak 1 liter petrol boleh pergi sejauh 16.94 kilometer. Katalah dalam setahun, purata kejauhan yang Vios ini pergi adalah 25,000 kilometer, maka dalam setahun penggunaan bahan api adalah sebanyak 1,475.8 liter atau bersamaan dengan RM3,246.75 (1 liter petrol = RM2.20). Dalam sebulan, pengguna membelanjakan petrol sebanyak RM270.56.

Untuk model Honda City (1497cc) terkini, penggunaan bahan apinya adalah sebanyak 1 liter petrol boleh pergi sejauh 17.56 kilometer. Katalah dalam setahun, purata kejauhan yang City ini pergi adalah 25,000 kilometer, maka dalam setahun penggunaan bahan api adalah sebanyak 1,423.7 atau bersamaan dengan RM3,132.12. Dalam sebulan, pengguna City membelanjakan petrol sebanyak RM261.00 iaitu jimat RM9.55 berbanding dengan Vios.

Untuk model Proton Persona (1597cc) terkini, penggunaan bahan apinya adalah sebanyak 1 liter petrol boleh pergi sejauh 16.39 kilometer. Katalah dalam setahun, purata kejauhan yang Persona ini pergi adalah 25,000 kilometer, maka dalam setahun penggunaan bahan api adalah sebanyak 1,525 atau bersamaan dengan RM3,355.70. Dalam sebulan, pengguna Persona membelanjakan petrol sebanyak RM279.64 iaitu lebih RM9.08 berbanding dengan Vios dan lebih RM18.64 berbanding dengan City.

Maka untuk penggunaan minyak, kereta yang paling jimat adalah CIty diikuti dengan Vios dan kemudiannya Proton Persona. Tetapi, adakah hanya dengan perbezaan penjimatan minyak sahaja yang pengguna inginkan?

Anda inginkan informasi lebih lanjut untuk kereta apa yang lebih sesuai untuk anda miliki?

What’s Up or Whatsapp.. kalau whatsapp ni nombor saya, 012-2515093 atau klik pautan ini sekarang http://www.wasap.my/60122515093

Sumbangan jurutera di dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru di peringkat sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam adalah hari terakhir saya menjadi Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Methodist ACS Klang yang merupakan sekolah ketiga tertua di Malaysia dan tertua di Selangor. Selama tiga tahun saya memegang jawatan sebagai YDP PIBG dan banyak sumbangan yang telah saya berikan pada pihak sekolah. Sebelum saya mengakhirkan tugas saya sebagai YDP Pibg saya telah menghantar permohonan wang kepada kerajaan negeri Selangor sebanyak satu juta ringgit Malaysia untuk membina dewan serbaguna dan membaik pulih pasarana sekolah serta menyediakan tambahan bangunan untuk kelas kemahiran. Berikut adalah ucapan akhir saya semalam sebelum saya menyerahkan tugas saya kepada orang lain.

Ucapan yang dipertua PIBG SMK Methodist ACS Klang 2016/2017

Bismilla hirrahma nirahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Yang saya muliakan Puan Pengerusi Majlis, Yang dihormatii En Chay Kin Siong, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS Klang, Yang berusaha Naib YDP Pibg En Vijaya Kumar, Yang dihormati juga kepada En Mohd Nasir bin Singoh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Samsuddin bin Samion Penolong Hal Ehwal Murid, En R.N Nathan Penolong Kanan Kokurikulum, En Saidin bin Ahmad Penolong Kanan petang, Yang disanjungi Encik Samuel Steven Solomon Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Encik Lim Kim Long presiden kelab Old Boys Associations, barisan AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan hadirin sekalian.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis yang mulia ini sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK Methodist ACS Klang kali ke 42 bagi tahun 2017. Pertama sekali, saya merakamkan ucapan syabas dan terima kasih atas kehadiran tuan/puan, para ibu bapa yang menggambarkan kesungguhan dan komitmen kita dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak kita pada masa hadapan. Pada pagi ini saya ada lapan perkara untuk dikongsikan bersama hadirin sekalian.

Pertama, saya ingin menyentuh tentang kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat agung PIBG ini di mana sambutan ibu bapa amatlah mendukacitakan. Bilangan murid di sekolah ini lebih 1100 orang tapi ibu bapa yang hadir hanyalah 45 orang dan dicampurkan dengan bilangan guru lebih kurang 80 orang. Bayangkan hanya lebih kurang tujuh peratus ahli PIBG yang hadir termasuklah AJK PIBG. Walaupun saya tiada anak bersekolah di sini tapi saya bersemangat untuk menghadiri mesyuarat agung ini bagi memastikan pendidikan anak-anak kita semua terpelihara. Di manakah tanggungjawab ibu bapa yang lain? Adakah mereka hanya bermain Facebook atau WhatsApp sahaja?

Kedua berkenaan dengan minat pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) amatlah membimbangkan. Semalam saya mengadakan ceramah kerjaya di sebuah sekolah di Klang di mana di ceramah tersebut ada seramai 350 orang pelajar dari tingkatan 3,4 dan 5. Sebelum saya menyampaikan ceramah saya ada bertanya kepada mereka berapa ramai yang ingin menjadi jurutera. Bayangkan dalam 350 orang tersebut hanya 3 orang yang angkat tangan. Yang lain bila saya tanya mereka hendak jadi peguam, akauntan, cikgu, pegawai bomba dan lain-lain kecuali jurutera. Saya selepas itu berborak dengan pengetua sekolah terbabit dan bertanya kenapa ramai yang tidak hendak jadi jurutera? Pengetua tersebut juga lepasan pelajar kejuruteraan UTM dan beliau nyatakan yang pelajar zaman sekarang ini tidak hendak bersusah payah jadi jurutera. Mereka hendak ikut jalan mudah dan contohnya ada pelajar yang ingin kaya cepat menerusi permainan video games yang menawarkan hadiah lumayan tanpa perlu susah-susah belajar jadi jurutera. Di pihak sekolah pula, cikgu yang mengajar subjek kejuruteraan menghadapi masalah menyediakan alat pembelajaran seperti perisian Autocad di mana perisian tersebut bernilai puluhan ribu. Sekiranya cikgu terbabit menggunakan perisian tidak tulen yang hanya bernilai RM14 maka sekolah terbabit akan disaman. Lagipun perisian tidak tulen tersebut program di dalamnya tidak cukup dan banyak yang cacat. Oleh itu sekolah perlukan bantuan dari pihak luar bagi melengkapkan peralatan yang perlu untuk mendidik anak-anak menjadi jurutera dari peringkat sekolah lagi. Di daerah Klang hanya ada 6 buah sekolah yang mengajar subjek kejuruteraan pada peringkat sekolah menengah.

Ketiga, bidang kerjaya di Malaysia sekarang amatlah membimbangkan. Ada lebih seramai 500,000 ribu orang yang menganggur tiada kerja akibat banyak syarikat yang ditutup akibat kegawatan ekonomi. Syarikat-syarikat seperti Petronas, KTMB, MAS, vendor-vendor syarikat automotif, Tesco dan lain-lain mengalami krisis ekonomi yang mana mereka terpaksa mengurangkan kos operasi di mana syarikat-syarikat tersebut terpaksa merombak operasi mereka seperti mengurangkan pengambilan pekerja atau membuang mereka. Nasihat saya pada graduan terbabit atau yang dibuang dari sektor pekerjaan untuk tidak memilih kerja. Ambil sahaja kerja apa yang ada dan sikit-sikit meningkat dan sekiranya boleh menceburi diri dalam bidang keusahawanan atau perniagaan termasuklah pertanian atau perladangan. Pihak kerajaan dan swasta pula seharusnya menyediakan kursus-kursus pendidikan yang sesuai pada permintaan di luar sana bukan main jalankan sahaja kursus yang tidak diperlukan sekarang.

Keempat, ibu bapa juga haruslah menyelidiki aktiviti yang anak-anak kita buat di rumah dan di luar rumah agar tidak mudah terjebak dengan anasir-anasir negatif yang boleh menjejaskan masa hadapan mereka. Budaya negatif seperti mengambil minuman keras, menghisap rokok, berjudi, seks bebas dan sebagainya haruslah dielakkan. Peranan ibu bapa ini amat penting kerana zaman dunia tanpa sempadan ini apa-apa senang berlaku pada anak-anak kita.

Kelima, majikan hendaklah sama-sama turun padang bersama pihak sekolah dan ibu bapa lihat sendiri masalah yang ada di sekolah yang mana bantuan mereka amatlah diperlukan. Contohnya memberikan kelonggaran masa untuk pekerja mereka bagi menghadiri mesyuarat ajk pibg atau aktiviti sekolah yang mana tanpa bantuan majikan tersebut sekolah tidak boleh jalankan aktiviti PIBG terbabit akibat kekurangan ahli. Majikan juga boleh salurkan bantuan yang sekolah perlukan mengikut kemampuan majikan tersebut.

Keenam adalah semangat untuk tidak berputus asa dan berfikiran positif. Jauhkan dari berfikiran negatif kerana ianya tidak dapat membantu kita untuk bergerak dengan lebih jauh.

Ketujuh pula adalah sentiasa sedar yang kita dulupun bermula dari bawah dan kita juga dulu adalah murid juga. Bila sudah berpangkat tinggi dan bergaji besar jangan lupa asal usul kita. Kembalilah semula ke sekolah dan taburkan khidmat bakti dengan ikhlas.

Akhir sekali kelapan adalah kemajuan negara terletak pada Kebijaksanaan Adalah Kuasa sebagaimana motto Sekolah Menengah Methodist ACS Klang ini di mana dengan adanya kebijaksanaan dalam diri kita maka kita satu hari nanti dapat menilai mana yang baik dan buruk untuk kita jadikan pilihan yang betul.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Alhamdullilah. Masa terus berlalu dan tanpa kita sedar tahun ini, sekolah ini telah mencecah usia 124 tahun. Walaupun begitu, banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan kejayaan usaha guru-guru di sekolah kita yang tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak ktia. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan doa kita serta kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa selama ini yang diberkati Allah SWT. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG menyokong segala usaha pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Kerjasama antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah merupakan tunjang penting bagi memastikan kejayaan anak-anak selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang terjalin antara ibu bapa dan guru-guru sedia ada. Persatuan ibu bapa dan guru akan sentiasa bersedia dalam memberikan sokongan moral dan material kepada pihak sekolah untuk melaksanakan apa-apa jua program yang dapat meningkatkan kemahiran murid-murid. Projek bantuan PIBG seperti menyediakan hawa dingin di dewan besar, dewan kuliah besar, bilik guru, kipas di kelas-kelas murid, bil-bil utiliti seperti elektrik, air, internet, projek pembuatan longkang sekeliling sekolah dan kantin, bilik makmal sains, bilik kaunseling, pagar sekolah, tempat berbumbung untuk pelajar menunggu bas sekolah dan banyak lagi yang mana projek-projek tersebut juga dijalankan bersama dengan Lembaga Pengelola sekolah, Old Boys Association dan juga pihak Adun. Alhamdullilah yang saya juga berjaya menghantar permohonan dana sebanyak satu juta ringgit dengan kerajaan negeri Selangor.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua pihak serta ucapan tahniah kepada AJK PIBG yang bakal dilantik sebentar lagi. Tunaikanlah amanah itu dengan rasa sukacita dan tanggungjawab demi kecemerlangan anak-anak kita bersama. Harapan saya semoga Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42 ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur hingga ke penghujungnya.

Dengan lafaz Bismilahir Rahmanir Rahim saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Methodist ACS Klang kali ke 42. Sebelum mengundur diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.

Bunga dedap di atas para,anak dusun pasang pelita, andai tersilap tutur bicara, jari disusun maaf dipinta.

Sekian terima kasih.Wabilahitaufikwalhidayah wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh

Hakcipta terpelihara 2017 Ir Sukhairul Nizam